Hanya iringan doa dan Al-Fatihah buat dirimu.Yang pergi tetap pergi dan yang hidup pulang dan terus berjalan di muka bumi ini.
Alhamdulillah selepas solat Zohor tadi selesai pengebumian Al-Marhum Ustaz Hafizul Husna Rahmatullah 'Alaih.Konvoi para teman seperjuangan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.Bibir ini tidak lain hanya sentiasa menuturkan ayat-ayat suci Al-Quran, mudah-mudahan sampailah pahala kepadanya.
Namun apa yang lebih penting peringatan buat diri yang kerdil ini dan seluruh yang bergelar mukmin.Kematian adalah pasti.Namun bicaranya bukan bila dan di mana tetapi amalan yang bakal di bawa bertemu dengan dua malaikat itu.
Teman-teman, persiapkan dirimu.Nafas ini bila-bila akan terhenti.Hitung kembali amal diri.Siapkan diri untuk bertemu dengan kematian....
"Dan demikian pula kami telah menjadikan umat Islam umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia" -al-Baqarah:143-
Isnin, 5 April 2010
Ahad, 4 April 2010
Perginya Seorang Teman
Innalillahi wainnailaihi raji'un.Moga rohnya bersama para solihin.
Pemergian teman tercinta, terasa terpaku minda bila terbace mesej ym yang dihantar oleh ustaz Moja.Apakan daya takdir Ilahi mengatasi segalanya.
Almarhum sahabat yang baik dan pernah tinggal bersamanya beberapa bulan.Baru semalam beliau menghubungi saya meminta tolong ajarkan nahu untuk pelajar Iskandariah.Rupa-rupanya itu suara terakhir yang kedengaran sebelum pemergiannya.
Semoga Allah menjanjikan nikmat Syurga untuknya.Amiiiin...

Langgan:
Catatan (Atom)