Twitter

Khamis, 25 Februari 2010

Siri kesatuan umat

Mungkin apa yang bakal dibincangkan ini adalah satu pendapat yang kurang benar.Tetapi hati kecil ini mengharapkan ada di sana insan yang bersama dalam dengan kalam ini.Alfaqir tidak lebih ingin menukilkan pendapat sebilangan masyaikh dan pemikir Islam yang hebat ketika mana kami sempat bertemu dan berbincang isu umat.Kadang-kadang diri sendiri tertanya kembali pada diri, “eh layakkah aku yang kerdil ini memikirkan isu2 yang besar seperti ini”.Tetapi itulah hakikatnya kita sebagai muslim yang beriman dan cintakan Islam bukan sekadar juzuk tertentu dari agama ini tetapi cinta kepada seluruh yang menyatakan Allah itu satu, Saiyiduna Muhammad itu utusan Allah dan Kaabah Musyarrafah itu kiblatnya.

Hati kecil ini sering bertanya bilalah agaknya sengketa ini akan berakhir?Sengketa?Ya sengkata pertembungan pemikiran yang tiada penghujung dan tidak akan berpenghujung.Apa yang dimaksudkan di sini adalah fenomena kritikan, saling menjatuhkan dan merendahkan sesama sendiri samada persatuan(kalau di Mesir) atau apa saja aliran (secara amnya di dunia ini).Tidakkah kita semua melihat seruan kepada kesatuan umat tidak kira apa saja fikrahnya atau bangsanya kerana mustahil berlaku di sana satu kesatuan yang kita idamkan.Allah menyebut dalam kitab agungnya yang bermaksud “jika Tuhanmu berkehendak nescaya dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih”.

Tidaklah perbezaan yang dimaksudkan dan perlu direstui itu perbezaan yang berbentuk usul atau asas seperti perbezaan tuhan atau nabi. Apa yang menyedihkan sekiranya kita terus bersengketa dan saling menghujum sasama mukmin yang saban waktu memohon petunjuk dari Tuhan yang satu (dalam setiap kali solatnya “tunjukkan kami jalan yang benar”) akan membawa kepada kehancuran umat yang sekian lama diidamkan oleh musuh yang jelas lagi nyata seperti Yahudi dan sekutunya laknatullah ‘alaihim.

Sepatutnya isu kesatuan umat sentiasa berlegar di fikiran pemimpin badan-badan atau persatuan tertentu.Mereka sepatutnya perlu sering duduk semeja sesama mereka dan mencari titik kesamaan dalam membawa aliran masing-masing.Tidak kiralah apa sahaja kaedah dan cara yang penting tidak bercanggah dengan syariat Islam dan hala tujunya kepada mardhatillah kerana sudah tentu setiap firqah itu ada pandangan, pendirian dan kaedah masing-masing dalam membawa ahlinya.Inilah yang diharapakan kepada mereka supaya kita bakal dapat melihat suatu hari nanti kita semua bakal bersatu dalam membina umat ini bukan lagi menjatuhkan dan menghina dari belakang.

Saya yakin dan percaya pandangan seperti ini tidak mudah dipersetujui, tetapi alfaqir meminta dengan hati nurani kepada semua agar kita sama-sama membuka minda, berlapang dada dan menghitung kembali keikhlasan kita dalam membawa agama ini.Apakah kita ini membela bangsa atau ahli kita semata-mata atau umat Islam seluruhnya.Saya yakin dan percaya andai keiklhsan kita benar-benar jernih kerana Allah pasti kita akan bersama walau berbeza cara.


Muhsin Ahmad, Jumaat 12 Rabi’ul Awwal 1431(ditulis sempena hari keputeraan baginda Sallallhu ‘alaihi wasallam)

Isnin, 22 Februari 2010

Menghidupkan kembali kecintaan

Rasa terkilan sedikit jauh di sudut hati kerana semalam sepatutnya direncanakan satu majlis untuk bersama seorang alim kabir dan faqih azim iaitu Doktor Kamal Imam dikediamannya.Namun yang berlaku tak seperti yang dirancang.Agenda berubah kepada menghadiri sebuah majlis mauled nabi bersama sebilangan masyaikh al-Azhar.Majlis dianjurkan oleh stesyen radio Iza’atul Quran Kaherah.

Nak cerita bagi, ha camtulah keadaannya kekadang ada benda yang kita idamkan tapi tak dapat bahkan diganti pula dengan suatu yang lebih baik.Dalam majlis tu Alhamdulillah diisi dengan pelbagai aturcara yang taka sing lagi bagi aliran sufi di sini, antaranya bacaan madih, selawat dan yang palin penting khutbah-khutbah peniup semangat kepada cintakan Saiyiduna, Imamuna , Habibuna al-Mustofa sallallahu ‘alaihi wasallam.

Takpa point2 khutbah tak sebut sangatlah sebab benada yang biasa cuma yang terasa sedih sebab bila menghayati sirah nabawiyyah tu terasa sangat jauhnya diri ini dengan sikap baginda tu satu.Yang kedua, berapa ribu atau ratus kali lidah ini menuturkan selawat pada baginda itupun mesti disebut dalam solat lima waktu kalaulah tiada selawt dalam solat bagaimanalah keadaanya.Sedangkan ganjaran yang diberi pada mereka yang berselawat itu amatlah besar.

Tak cukup dengan tu, sunnah nabi yang lain Innalillah entah berapa ja yang teramal dalam kehidupan ini.Aduh itu semua perlu diinsafi dan diakui.Terasa jauh jauh jauh dengan baginda nabi.Ya Rasulallah suburkan kecintaan kami pada wahai kekasih Allah.Tiada nikmat yang teragung di Syurga melainkan dapat melihat kepada pencipta alam ini sekaligus bersamamu wahai semulia2 makhluk.

Buat para pembaca, alfaqir berpesan pada diri ini dan kepada semua bersempena dengan bulan kelahiran baginda sallalahu alaihi waahlihi wasallam ini sama2 kita hayati perjalan hidup baginda lantaran beramal dengan sunnahnya demi menyuburkan kecintaan padanya.Tidak berlaku cinta kepada Allah jika tiada cinta pada kekasihnya.
‘Attiru alsinatakum bissolati ‘alaihi.


muhsin ahmad,8 rabi'ulawwal 1431

Khamis, 18 Februari 2010

Esok….

Pagi esok, guru saya ustaz Fauwaz hafizahullah akan pulang ke Malaysia bersama isterinya.Namun kepulangan kali ini berbeza dengan yang sebelum ini.Kepulangan beliau kali ini adalah dengan sebuah hasrat dan matlamat untuk meneruskan perjuangan di tanah air tercinta(balik habis), Malaysiaku.

Kepulangan beliau juga sedikit sebanyak memberi kesan pada diri ini juga bakal mengubah jadual kehidupan mingguan saya kerana setiap minggu saya pasti akan ke rumahnya untuk membaca kitab dan menadah ilmu darinya.Lantaran kepulangan beliau ini juga bakal memberkaskan pada hati ini segala kenangan, pahit manis,senda gurau bersama beliau.

Tidaklah begitu lama bersamanya, ala kullin.Alhamdulillah sekadar waktu yang ditakdirkan dapat juga mengutip mutiara-mutiara bernilai darinya terutama dalam manhaj ilmiah dan pembentukan fikrah.Sayangnya walaupun terasa selalu bersama beliau, belum ada satu kitab dapat dikhatamkan bersama beliau.Tapi tak mengapa kerana khatam kitab bukan syarat utama untuk memperoleh ilmu kata guru saya di Jami’ Al-Azhar Shiekh Sayyid Shaltut hafizahullah.Yang lebih penting adalah kefahaman.
Warkah ini juga sekali gus ingin memohon maaf segala ketelanjuran, gurau senda, silap dan salah samada dalam sengaja atau tidak pada ustaz.Terima kasih atas segala curahan ilmu dan jasa baik kerana sudi melapangkan masa.Segala kebaikan itu mungkin tidakkan terbalas oleh jasad ini melainkan mengharapkan balasan dari tuhan setimpal dengan usaha-usaha itu.

Al-faqir mendoakan ustaz terus teguh dan tabah dalam meneruskan perjuangan di medan yang sebenar di tanah air tercinta.Waffaqakumullah.Al-faqir juga memohon doa dari ustaz agar mendoakan kami semua terus tuguh dengan perjuangan di sini.Syukran ya sayyidi.


Muhsin Ahmad, 19 Feb 2010

Selasa, 16 Februari 2010

Ahlan Wasahlan Maulana Sheikh Nur

Alhamdulillah pagi kelmarin Sheikh Nuruddin Marbu al-Banjari selamat sampai ke Kaherah bersama keluarga.InsyaAllah beliau akan memulakan pengajian pada 2 Rabiulawwal bersamaan 16 Feb.Kepada seluruh pelajar samada pengajian dan perubatan dialu-alukan untuk mengahdiri pengajian bersama beliau bertempat di rumah Kedah Haiyu Sabi’ selepas solat Asar dan dan Isyak.Segala maklumat terperinci boleh didapati www.mymkkk.org.

Qiraah Syamilah

Alhamdulillah sekadar dua tahun setengah berada di bumi anbia’ ini terasa terlaksana satu dua matlamat dari keseluruhan impian.InsyaAllah segala bakinya akan terlaksana dengan izin Allah.Dua tahun ini tak berapa pasti berapa buah kitab dah aku selesai membacanya.Itulah bencana yang dialami.Nak dinisbahkan dengan semua kitab yang berada di rak tu, rasanya masih banyak yang belum dibuka.Allahul musta’an.

Walaupun pembacaan itu penting, tetapi ia bukanlah sekadar penting membaca semata-mata.Pembacaan yang perlu dan dituntut adalah pembacaan yang syamilah.Ini amat perlu sebenarnya kerana sekadar penilaian al-faqir selama dua tahun ini bersama sebilangan pelajar Azhar memang terdapat banyak kekurangan.Sebagai contoh, seorang yang menumpukan pembacaan fiqh, dia tertinggal kepada pembacaan tauhid dan seorang yang menumpukan kajian kepada bahasa semata-mata dia teringgal pula kepada pembacaan kepada isu-isu semasa.

Al-faqir tidaklah bermaksud perlu kepada penumpuan dan penilitian(tamhis) yang mendalam terhadap semua bidang ilmu itu.Tetapi hanya sekadar perlu kepada pengetahuan berbentuk sathiyyah.Jangan sampai tidak tahu langsung akan setiap bidang ilmu itu.Ya, sukar untuk membaca semua bidang ilmu.Tetapi itulah hakikatnya yang perlu sebagai seorang da’ie.Itupun baru da’ie belum boleh diiktiraf dan digelar sebagai seorang ulamak.

Pembacaan syamilah ini penting kerana terkadang berlaku di sana kritikan atau tohmahan yang tidak sewajarnya samada pada seseorang individu, kalamnya atau pemikirannya kerana pengkritik tidak meniliti dengan baik sandaran yang diletakkan.Ini bahaya sehingga berlaku fitnah dan kecelaruan dalam manhaj ilmiah.

Di antara kepentingan pembacaan syamilah ini dituntut kerana perlu di sana keseimbangan(tawazun) di antara setiap ilmu yang dipelajari.Setiap ilmu secara fitrahnya ada keterikatan antara satu sama lain kerana ia datang dari satu tapak(manba’) yang sama iaitu al-Quran dan Sunnah.Oleh itu pembacaan Syamilah akan membawa pembaca kepada mengaitkan ilmu di antara setiap satu.

Beberapa elemen penggabungan yang boleh disebutkan di sini secara ringkas seperti:
1.Lughah(nahu,sorof dan balaghah khususnya) kepada mantiq kerana asas dan alat untuk berpindah kepada ilmu-ilmu lain.
2.Tauhid atau Aqidah.(perlu kepada melihat aqidah-aqidah Islam yang lain sebagai maklumat)
3.Fiqh dan usulul fiqh.(pengabungan perlu kepada fiqh turath dan fiqh atau qadhiyyah mu’asoroh)
4.Masalah-masalah semasa seperti aliran-aliran yang merosakkan samada secular, liberal, perancangan orentalis,sister in Islam(kalau di Malaysia) dan pelbagai lagi aliran yang kian membiak pada zaman globalisasi ini.

Cukup di sini sebagai gambaran kasar mengenai pembacaan yang berhajat kepada kesempurnaan.Namun di sana terdapat banyak lagi ruang ilmu yang perlu disebutkan tetapi individu Azhariy itu sendiri perlu mengambil berat tentang pembacaan ini nescaya di sana insyaAllah akan terbuka lagi pemikiran terhadap fiqh tawazun dan fikrah mutakamilah.


Muhsin Ahmad,3 Rabi’ul Awwal 1431.

Buat Azhariyyin dan Azhariyyat

Allah kurniakan pada setiap makhluknya yang bernama manusia itu kehidupannya sama sahaja.Mereka semua bernafas, mereka makan ,minum dan dikurniakan akal yang baik.Mereka semua diberi 24jam sehari semalam.Namun, jelas dan nyata terdapat di sana kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan setiap seseorang.

Apa yang penting adalah, seorang Azhariy itu perlu memikirkan nilaian waktu kehidupan sehariannya.Ya, walaupun di sana semua waktu itu di isi dengan kebaikan.Tetapi apakah yang baik itu terbaik atau di sana terdapat ada yang lebih perlu didahulukan(Aulawiyyat).Tidak kira dalam apa jua soal kehidupan samada pengajian, ibadah, makan dan minum dan segalanya dalam rutin seharian.Apatah lagi amalan atau rutin yang memang tidak selayaknya dilakukan oleh mereka yang empunya iman terhadap tuhannya.

Terdapat di sana banyak khalal atau kecacatan dalam kehidupan.Ini semua perlu diinsafi dan diakui.Tidak kira dalam kebaikan dan lebih-lebih lagi dalam kekurangan.Kerana kalau ia baik mungkin di sana kita meniggalkan banyak yang lebih baik dan kalau ianya buruk atau kurang sedah tentu di sana banyak kebaikan ditinggalkan.Seperti kalam ulama, seorang mukmin itu kehidupannya perlu lebih pada hari ini dari semalam dan esok lebih baik dari ini.Dari kekurangan kepada kesempurnaan dan kebaikan, dari baik kepada yang lebih baik.
Wallahu A’lam


Muhsin Ahmad, 2 Rabi’ul Awwal 1431

Muqaddimah Penulis

Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dimulakan bicara ini.Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, putera, guru, kekasih hati Sayyiduna Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam dan buat seluruh ahli keluarga juga para sahabat baginda…
Alhamdulillah setelah sekian lama bercita-cita ingin berbicara dalam ruangan blog, akhirnya hari ini menjadi muqaddimah.Apapun ini semua bakal menjadi penilaian bagi setiap pembaca atas apa yang bakal dipaparkan.Alfaqir tidak lain hanya mengharapkan doa dari mereka yang ikhlas sebagai pembantu dalam penulisan ke arah kebaikan dan yang lebih penting adalah moga diri ini berjaya dalam kehidupannya di dunia dan akhirat.
Tidak lupa juga alfaqir mengharapkan dari para pembaca kiranya sudi memeberikan buah fikiran, kritikan dan lontaran pendapat yang baik sebagai membina diri ini.Syukran.




Muhsin Ahmad, 29 Safar 1431

Minggu yang amat bernilai

Alhamdulillah selesai sudah pameran kitab antarabangsa.Apapun yang terindah pada ma’radh kali ni dapat bersama guru-guru dari Maahad Ahmadi.Syukran ustaz Idris dan Nasir kerana sudi mempelawa alfaqir ni untuk turut serta bersama membantu dalam membeli kitab-kitab untuk rujukan maahad.Kalau tak, tak dapat nak sumbang khidmat untuk entum.Itulah sekadar sekelumit tenaga dapat disumbangkan pada kalian.Tiada lain harapan anak mu ini melainkan mengharapakan doa dan balasan dari tuhan atas usaha yang sedikit itu.
Seribu kemaafan dipohon atas segala kekurangan yang tak sempat disempurnakan.Dan pastilah tak terbalas langsung jasa kalian atas segala didikan yang di ajarkan.Yang terakhir, sampaikan salam buat semua guru di sana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...