Twitter

Rabu, 8 Disember 2010

MENCARI PERUBAHAN



Rasanya masih belum terlewat untuk saya berbicara tentang Hijrah.Ramai dikalangan para du’at akan berbicara tentang tarikh penting ini.Masing-masing mencari antonasi tertentu untuk disampaikan sama ada dengan membawa isu Sirah Nabawiyyah secara khusus untuk diceritakan atau berbicara tentang Hijrah yang berkaitan dengan fenomena umat hari ini.

 Hijrah adalah satu perpindahan atau meninggalkan satu tempat menuju ke satu tempat yang lain dari sudut bahasa.Bermakna setiap manusia tidak akan lepas dari hijrah kerana semua kita tetap akan berhijrah.Namun apa yang lebih penting dalam konteks Hijrah yang perlu kita bawakan dalam dunia hari ini sudah tenti tidak akan sama seperti Hijrah yang berlaku ketika zaman Baginda Muhammad s.a.w. kerana terang-terang Nabi menyebut dalam sebuah hadis sohih yang bermaksud, “Tidak ada hijrah setelah pembukaan ‘Kota Mekah’ kecuali jihad dan niat”.

Ahad, 14 November 2010

APAKAH SAYA YANG SALAH DAN TIDAK FAHAM ATAU MEREKA YANG TERSILAP?


Ketika beberapa isu masih hangat diperbincangkan dalam kalangan mahasiswa, kali ini saya pula menerima kunjungan satu lagi isu baru.Namun yang lebih menarik kali ini ianya secara terus membabitkan diri saya yang faqir ini.

Ahad, 7 November 2010

Bazar Yang Menyerikan

Suasana sebelum bazar bermula
Alhamdulillah, selesai sudah bazar negeri yang berlangsung selama tiga hari bermula jumaat lepas.Saya tidak melepaskan peluang bersama rakan-rakan yang lain dalam menjayakan bazar kali ini.



Ahad, 24 Oktober 2010

CATATAN BARU BUAT MESIR

Alhamdulillah, genap seminggu sudah mengembalikan diri ini ke bumi kinanah, Mesir.Terubat rasa rindu pada suasana kehidupan di sini.Hampir setiap hari memenuhkan masa dengan rakan-rakan berkongsi cerita-cerita selama meninggal bumi anbiyak.Macam-macam kisah terutama fenomena yang berkaitan hel ehwal pelajar.

Rabu, 22 September 2010

TIANG KEHIDUPAN


Setiap suatu binaan pasti ada tiangnya.Begitu juga dengan kehidupan.Setiap seorang diwajibkan untuk menegakkan tiang pada binaan kehidupannya.Sekiranya tiang ini tidak tertegak atau rebah maka akan porak-perandalah dan runtuhlah hidupnya.
Bicara ini hanya terbatas pada mereka yang bergelar muslim.Muslim yang benar-benar beriman dan berpegang teguh pada agamanya.Tiang yang dimaksudkan adalah ibadah solat.Fitnah yang melanda umat akhir zaman yang kian hari meningkatnya kadar mereka yang tidak mendirikan solat.

Isnin, 6 September 2010

IMAN DAN KEHIDUPAN


Aplikasi Iman lahir pada tutur kata dan tingkah laku.Insan yang punya ciri keimanan yang sebenar hidupnya menteladani segala aturan agama.Namun jangan terlupa yang namanya insan imanmya tidak sentiasa teguh.Adakala ianya naik dan terkadang ia turun.Ini dibincangkan oleh ulama ahli sunnah dalam perihal keimanan setiap manusia biasa berbanding dengan iman para Rasul Alaihimussolatuwassalam  yang sentiasa bertambah dan iman para malaikat yang tiada tambah dan kurangnya.

Isnin, 16 Ogos 2010

JADI RABBANIY BUKAN RAMADHANIY


Jelas bulan Ramadhan ini adalah bulan yang paling mulia.Bicara ringkas tentang kehebatannya telah kita lakarkan di episod yang lalu.Namun apa yang menjadi tabiat sebahagian besar umat ini adalah hanya menjadikan Ramadhan ini sahaja bulan penyemai amal kebajikan.
Suka ingin dingingatkan diri yang kerdil ini terlebih dahulu sebelum berbicara buat umum bahawa Ramadhan itu akan akan pergi dan mati, begitu ungkapan yang diucapkan oleh ulamak.Namun yang kekal abadi adalah tuan kepada bulan ini iaitu Allah azza wa jalla.Maka madrasah Ramadhan ini hadir tidak lebih sebagai membentuk dan melahirkan insan yang benar-benar bertaqwa supaya mampu menempuh kehidupan di bulan-bulan yang mendatang kelak.
Dengan sebab itulah kita disarankan menjadi hamba Allah yang rabbaniy(yang mempunyai hubungan kuat dengan Tuhan) bukan ramadhaniy(yang hanya kuat beribadah pada Ramadhan).
Alangkah indahnya jika setiap apa yang diamalkan pada Ramadhan ini mampu terus dilaksanakan pada hari-hari yang mendatang kelak.Al-Quran bisa terkhatam setiap bulan, solat malam menjadi amalan rutin, sedekah berpanjangan dan lidah sentiasa lembab dengan zikrullah.Andai semua ini mampu tersemadi dalam jiwa, sudah tentu itu jadi bukti Ramadhan kita benar sampai pada matlamatnya.
Satu perkara yang barang kali membawa hilangnya nilai Ramadhan sebenar apabila sambutan Idil Fitri yang melampaui batas syariat.Secara jujur dinyatakan di sini, kerap kali sambutan satu Syawal pasti sekali berlakunya sesuatu yang dimurkai Tuhan.Umat Islam yang beramal pada sebulan Ramadhan hanyut dan lupa.Sebab itu ditekankan supaya menjadikan Ramadhan bulan pengabdian bukan semata-mata beramal mengikut adat.
Secara logiknya pun, sukar berlaku pada seseorang yang benar-benar beriman dan bertaqwa pada hari ini lantaran esoknya terus melakukan perkara yang dimurkai secara nyata melainkan dia itu hanya bertaqwa pada luaran tanpa meletakkan taqwa itu benar-benar pada hati.
Seperkara yang harus diingat oleh semua mukmin bahawa hari raya itu adalah suatu hari yang nilaiannya adalah berkaitan agama bukan adat kehidupan semata-mata kerana yang mensyariatkan Idil Fitri itu adalah Allah s.w.t.Maka setiap yang berlaku pada hari itu walaupun sesuatu yang harus atau menyeronokkan dari sudut syarak ia juga ada nilai ibadah di sisi Tuhan.
Bukanlah perbicaraan di sini bertujuan untuk menyempitkan sambutan hari raya bahkan hakikatnya sememangnya hari raya ini bertujuan untuk memberi kesoronakan kepada umat.Hari raya ini menjadi bukti kemenangan kepada mukmin yang sebenar.Ziarah-menziarahi, berhibur, menonton sesuatu yang baik dan pelbagai aktiviti lain adalah dianjurkan oleh Islam tetapi segalanya ada batasan.
Wallahu a’lam

Jumaat, 6 Ogos 2010

RAMADHAN DATANG LAGI


Madrasah Ramadhan yang digelarkan oleh para ulama bagi bulan yang teramat mulia ini.Pada bulan ini Allah Subhanahu wataala datang kepada kita, setiap detiknya dipenuhi dengan rahmat dan dihapuskan segala dosa bagi mereka yang benar-benar sampai kepada maqasid(matlamat) sebenar bulan ini.Sudah tentu janji Tuhan untuk memaqbulkan segala permintaan hambaNya yang senantiasa meminta turut dihidangkan pada musim ini.
Muslim yang benar-benar mukmin pasti berlumba-lumba merealisasikan segala macam kebaikan yang termampu dilaksanakan seperti apa yang diajarkan oleh baginda Sallahu’alaihiwasallam.Maka diberi ruang seluasnya untuk merebut kesempatan ini pada bulan ini dan sudah tentu di sana perlu ada pertimbangan akal yang tepat bagi mendahulukan amalan yang wajib dan afdhal dari yang baik semata-mata.
Dalam fatrah(tempoh) ini juga para malaikat berbangga dengan mereka yang sampai darjat itu.Dipenuhi saban harinya dengan amal ibadah tanpa batasan.
Seperti yang disebutkan, maka bagi mencari darjat yang tertinggi tadi mestilah dicontohi amalan  yang menepati oleh Al-Quran dan Sunnah.Tauladan salafussoleh mesti dijadikan panduan.
Para ulamak ada menyebut bahawa bulan yang mulia ini ibarat musim bunga bagi kaum mukmin kerana pada musim inilah bunga mula subur mekar.Samalah seperti mereka yang dapat menghayati keindahan bulan ini maka sewajarnya dia mengembalikan kesegaran kehidupannya yang sekian lama layu itu.
KEISTIMEWAAN TERSIRAT
Segala ilmu dapat didapati dengan panduan dari pelbagai sumber yang dilimpahkan pada bulan yang penuh keberkatan ini.Jelas ini adalah salah satu keistimewaan yang tersembunyi berbanding bulan-bulan lain.Umpanya media elektronik kurang menyiarkan hiburan pada bulan ini dan digantikan dengan rancangan atau program yang membawa kepada suburnya iman.Maka sewajarnya di sinilah ruang untuk semua mukmin mengembalikan kecemerlangan kehidupan terutama dalam proses pemantapan iman dan taqwa.
Menerusi pengurangan hiburan itu tadi juga mampu menyekat segala pancaindera kita dari kurang dan tidak terjebak kepada kemaksiatan kerana semuanya sedia maklum bahawa media-media adalah salah satu penyebab utama kepada terhakisnya iman kita sehingga hilang panduan hidup sebagai seorang yang benar-benar bertaqwa.Maka kesempatan bulan ini bakal kita jadikan madrasah untuk mendidik rohani kita supaya mencintai Sang Pencipta.
MUKMIN DAN AMAL SOLEH
Pelbagai amal soleh yang mampu dilaksanakan namun ia tidak memadai dengan itu tanpa kejituan iman yang kukuh dalam jiwa setiap individu muslim.Sebab itu berapa banyak ayat Al-Quran yang berbicara tentang orang beriman pasti ada selepasnya iringan amal soleh.Ini memberi petunjuk bahawa amal soleh dan iman itu saling lengkap-melengkapi dan tidak harus dipisahkan antara satu sama lain.Mana mungkin iman terhasil tanpa amal soleh dan begitulah sebaliknya.
Berapa banyak hadis yang sohih berbicara tentang kelebihan bulan ini dan barang kali ramai juga yang menghafalnya umpama hadis nabi yang berbunyi((من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه.Jelas hadis ini menyatakan bahawa bulan ini sebagai kesempatan untuk menyucikan diri kita dari segala dosa yang lalu.Sebab itu para salafussoleh bergembira dengan kedatangan Ramadhan ini dan melaungkan marhaban ya mutohhir(selamat datang wahai yang menyucikan).Mereka benar-benar menggunakan seluruh kesempatan waktu pada bulan ini untuk amal kebajikan dan memohon pengampunan dari Allah.Bagaimanalah kita pada Ramadhan kali ini?
ELAKKKAN PERGESERAN
Dalam bulan yang penuh barakah ini jangan pula berlaku di sana perselisihan yang tidak wajar.Ini adakalanya terjadi dalam kalangan ummah baik masyarakat awam atau para pendakwah.Jangan pula berbicara soal furu’ agama sehingga menimbulkan kecelaruan pada yang lain seperti mempertikaikan bilangan rakaat solat sunat terawikh dan sebagainya.Berilah ruang kepada semua untuk melaksanakan ibadah ini mengikut keselesaan masing-masing.
Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullah ada menyebut tentang isu bilangan rakaat ini dengan menyatakan jika surah dalam setiap rakaat itu dibaca dengan panjang  selayaknyalah dengan lapan rakaat dan jikalau surah-surah yang dibaca pada setiap rakaat itu ringkas maka tidak mengapa didirikan sehingga dua pulah rakaat.Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, mereka mendirikan ibadah ini sehingga mencecah tiga puluh enam rakaat.
Lihatlah bagaimana mereka berinteraksi dengan masalah khilafiyah yang berlaku dalam agama in,i masing-masing saling meraikan antara satu sama lain.Mudah-mudahan dengan i’tibar dari perjalanan para ulamak ini mampu mengheret kita kepada sikap toleransi walaupun bukan pada bulan ini sahaja.
InsyaAllah pada penghulu segala bulan ini sama-sama kita tingkatkan amal soleh sekaligus melahirkan kita pada bulan seterusnya sebagai fitrah kejadian manusia yang suci dari segala dosa dan noda.Sama-sama kita pohonkan madrasah ini menjadi institusi pembentukan mukmin yang sejati sebagai persiapan untuk bertemu dengan Tuhan Maha Pencipta di akhirat kelak bersama dengan pengaharapan Syurga yang abadi.
Wallahua’lam

TASAUWUF YANG KITA SERU

Setiap mukmin sentiasa mencari-cari sesuatu dalam kehidupannya sebagai jalan membawanya kepada mengenal Tuhannya.Maka kita dapati ramai yang melalui jalan sufiy.
Sufiy adalah istilah bagi seseorang yang berpegang dengan aliran tasauwuf.Tasauwuf bererti penyucian jiwa dan pembangunan rohani.Para ahli sufiy memecahkan tasauwuf ini kepada dua bahagian iaitu dengan tahliyah(meletakkan sesuatu yang indah pada hati) dan takhliyah(menghapuskan sesuatu yang keji pada hati).

Tasauwuf juga suatu praktikal adab dan akhlak antara seorang hamba pada tuhannya dan seorang pada saudaranya.Ulamak mengarang buku dalam pembentukan akhlak in yang dipanggil sebagai ilmu suluk kitab Ihya’ Ulumiddin oleh Imam Al-Ghazali yang meninggal pada 505 hijrah.

Jika diamati dengan baik begitu banyak musytaq(pecahan) kalimah tazkiyah ini dalam Al-Quran.Manakala dalam kalam Baginda Rasulillah pula disebut sebagai ihsan seperi hadis sohih kisah Saiyidina Jibril yang sering kita dengar “hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah seperti engkau melihatNya, dan jika engkau tidak melihatnya ketahuilah Dia melihat engkau”.

Dapat difahami di sini menunjukkan bahawa tasauwuf ini adalah keterikatannya dengan hati bukan dengan anggota zahir yang lain semata-mata.Sebab itu ada golongan yang cuba mengankat dirinya kepada kebaikan dengan membesar-besarkan dirinya dengan kemuliaan.Ini disebut oleh ulamak sebagai kebenaran yang buruk kerana memang terdapat di sana tazkiyah yang berbentuk terpuji dan terkeji.Begitu halus persoalan mengenai ibadah hati ini.

Bagi yang benar-benar ingin mendidik jiwanya, proses penyucian hati ini perlu diprogramkan, ditarbiyah atau dididik, dan diajarkan serta diamalkan.Setiap langkahnya di muka bumi Allah ini harus dilihat dengan kaca mata hati dengan menghitung kekuasaan Tuhan Pemilik alam bukan sekadar melihat dengan mata kasar dan inilah sebesar-besar zikrullah.

PERINGKAT MUKMIN

Sebelum melengkapkan diri dengan ibadah hati ini, harus diingat terlebih dahulu peringkat seseorang mukmin itu.Dia mesti mengukuhkan akidahnya terlebih dahulu.Tidaklah bermaksud perlu mengkaji mendalam tentang ilmu tauhid atau ilmu kalam tetapi memadai hatinya terikat kuat dengan kalimah Lailaha illaAllah Muhammad Rasulullulah.Kemudian disusuli dengan pengamalan syariat yang tepat mengikut Al-Quran dan Sunnah kerana ada sesetengah individu tidak melengkapi hidupnya dengan syariat lantas menjadikan tasauwuf semata-mata sebagai jalan menuju Allah.Keadah atau metod ini amat bercanggah dengan anjuran Quran dan Sunnah.

Mana mungkin seorang yang tidak melaksanakan solat lima waktu atau apa sahaja rukun Islam dan suruhan Allah yang lain kemudiaannya menyatakan hatinya cintakan Allah, zikirnya saban waktu dan mencecah ribuan kali.Jelas dan nyata golongan ini sangat sesat dari ajaran Islam yang sebenar.

Setelah sempurna pengamalan kehidupan seluruhnya mengikut syariat Islam yang tepat barulah wajib bagi dia untuk meletakkan nilai tasauwuf itu tadi dalam hatinya.Pun begitu ada pula golongan yang cuba memisahkan bicara hati ini dengan amalan anggota zahir.Tidak sama sekali mungkin dipisahkan kerana tanpa nilaian hati diiringkan bersama amalan anggota zahir sudah tentu sesuatu amalan itu tidak diterima kerana Nabi Sallahuaalaihi waahlihi wasallam jelas berpesan bahawa setiap amalan itu pasti dengan niat.Maka niat tidak lain tempatnya melainkan hati.Niat atau hati mestilah ikhlas.Inilah hakikat tasauwuf.Jadi sesiapa yang empunya ciri-ciri ini maka selayaknya dia mendapat gelaran ahli sufiy.

Sebab itu para ulamak sufiy menyatakan bahawa amalan hati sebesar zarah menyamai segunung amalan anggota zahir.Amal yang sebesar dan sehebat manapun jika tiada keikhlasan tidak akan diterima tanpa keikhlasan yang menjadi matlamatnya.

TARIKAT

Dalam konsep ibadah, ada ibadah wajib dan ada ibadah sunat.Ibadah wajib menuju kepada mendekatkan diri dengan Allah adapun ibadah sunat ini disertakan sebagai tanda cinta kepada Allah.Sudah pasti ada perbezaan di sini.

Al-Imam Junaid Rahimahullah telah menggariskan bahawa bukan semua aliran tasauwuf itu benar manhajnya.Dia menetapkan bahawa setiap aliran tarikat tasauwuf yang prinsipnya bercanggah dengan Quran dan Sunnah maka ia tertolak.

Oleh itu harus diingat pada mereka yang berada di aliran ini supaya tidak terlalu taassub pada setiap tarikat yang diikuti.Manusia tidak akan terlepas dari kesilapan.Ini disebut kerana ada di antara mereka yang terlalu mengangung-agungkan tarikat yang diikutinya sehingga sampai tahap memaksumkan kalam atau perkataan yang keluar dari bicara guru atau sheikh murabbi sesuatu tarikat itu.Pada pandangan saya perkara ini amat tidak wajar berlaku dalam kalangan kita yang bergelar mukmin.

Para ulama telah meletakkan satu kaedah yang masyhur “setiap kalam boleh diterima dan ditolak melainkan kalam Saiyiduna Rasulullah”.Prinsip dan kaedah ini harus dipegang oleh seluruh umat supaya mengelakkan dari bencana taassub itu.Jangan jadikan diri kita ibarat mayat sedang dimandikan dengan maksud mematuhi segala macam suruhan dari guru tanpa menyelidik dan mengkaji dengan baik.

Para pengikut tarikat harus mengakui dan insaf terhadap beberapa perkara yang tercetus dalam aliran ini sehingga mengeruhkan hakikat tasauwuf yang sebenar.Mereka harus hati-hati dalam memilih aliran mana yang paling tepat mengikut Quran dan Sunnah.

Terdapat dalam sejarah Islam mengisahkan keterlampauan ahli sufiy dalam mengambil hadis-hadis targhib dan tarhib(hadis mengenai galakan melakukan ibadah dan ancaman siksa Tuhan).Mereka memetik hadis-hadis ini yang sehinggakan ia terlalu dhoif bahkan sampai tahap ada yang mencipta hadis maudhu’.Lihat, ini salah satu anasir yang perlu dititik beratkan oleh semua dalam menjaga nilai kesucian tasauwuf itu.

Dalam perbincangan ini sekali lagi diingatkan bicara tasauwuf ini keterikatannya adalah dengan hati.Maka hati itu harus dijauhkan dari segala maksiat seperti riyak, ujub, takabbur dan segala yang membawa kepadanya.Jika terselamat hati dari segala mazmumah itu maka ia telah sampai kepada matlamat tasauwuf.

AMALAN WIRID

Sebahagian tarikat ada yang menetapkan beberapa wirid sebagai amalan yang mesti diamalkan.Kalau tidak mesti sekalipun ia mungkin sehingga tahap suruhan galakan.

Dalam konteks ini, saya amat bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi apabila ditanya mengenai zikir apakah yang paling afdhal diamalkan setiap hari.Sheikh Yusuf menyatakan bahawa tiada zikir yang terlebih mulia dan agung dari kalamullah itu sendiri dan perkataan Saiyidina Rasulillah.Beliau bertanya apakah di sana ada kalimah yang lebih agung dari kedua-dua sumber ini.

Kesimpulannya, dia menggalakkan kepada seluruh mukmin supaya mengamalkan zikir dan doa yang benar-benar warid atau yang datang dari Al-Quran dan Sunnah.Bagi mereka yang mengamalkan ibadah ini insyaAllah dikurniakan dua ganjaran, yang pertama kerana berzikir dan yang kedua adalah mengikut sunnah Nabi Sallalhualaihi waahlihi wasallam.

KARANGAN ULAMAK DALAM ILMU INI

Imam Al-Ghazali Rahimahullah berbicara panjang mengenai soal tasauwuf ini dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin.Dia meliahat manusia ini terlalu ghairah menzahirkan ibadah zahir tanpa mengambi berat soal hati.Maka kitab ini mempunyai perbahasan yang baik mengenai tasauwuf.

Begitu juga dengan Syaikhul Islam ibnu Taimiyyah Rahimahullah mempunyai ruang khas dalam majmuk fatawanya mengenai tasauwuf.Malangnya ramai dikalangan umat Melayu khususnya tidak membacanya dan sekaligus mengkrikit Shaikhul Islam.Perkara ini harus diambil berat supaya kita tidak menjadi golongan pelampau yang tidak melihat kebaikan kepada beliau walaupun hakikatnya ada perkara yang kurang tepat terhadap ijtihad beliau.

Aliran tasauwuf yang dibawa oleh Ibnu Taimiyyah terus disambung oleh anak muridnya Imam ibnu Qaiyim Al-Jauziyyah.Beliau adalah pemilik kepada kitab tasauwuf yang hebat bernama madarussalikin.

Maka dapat dilihat pendokong madarasah salafi ini seperti Imam ibnu Taimiyyah dan muridnya itu turut membicarakan soal tasauwuf.Dengan itu jelas menunjukkan sufiy adalah satu istilah yang wajar disandarkan kepada sesiapa yang mengamalkan intipati Islam sebenar tidak mengira latar belakang seseorang itu.

Istilah-istilah ini perlu dikaji semula apakah kesesuainnya untuk disebut-sebut lagi pada zaman ini sehingga membawa kepada perpecahan atau ia perlu dibiarkan sementara supaya umat ini bersatu atas dasar Islam bukan atas dasar istilah-istilah atau kelompok-kelompok itu.Atau kita sama-sama gabungkan istilah ini kerana pasti pada kelompok ini ada kebaikan dan kekurangan dan begitu juga dengan kelompok yang lain dengan erti kata lain kita saling betul-membetulkan sesama mukmin bertepatan dengan firman Allah “dan saling tolong-menolonglah kamu kepada kebaikan dan taqwa”.

Kitab masyhur yang lain juga menjadi panduan utama ulamak-ulamak mutaakhir seperti hikam yang dikarang oleh Imam Ibnu Athoillah As-Sakandariy rahimahullah.

SERUAN BERSATU

Dalam arus dunia di akhir zaman yang penuh dengan fitnah ini marilah sama-sama kita menjauhi perpecahan.Kita satukan umat yang melafazkan kalimah Lailahillallah dan sujud ke arah satu kiblat ini.Kita suburkan rasa cinta kepada bersatu atas nama ummah Islamiyyah.Ketepikan taassub yang membawa kepada perpecahan.Lahirkan nilai tasauwuf yang membawa kepada kasih dan cinta kepada suluruh mukmin tanpa mengira apa mazhab atau pemikirannya.InsyaAllah Islam bakal kembali seperti zaman salafuna soleh.

Wallahua’lam

Selasa, 20 Julai 2010

Doa دعاء


وإذا سألك عبادي عني فإني قريب أجيب دعوة الداع إذا دعان فليستجيبوا لي وليؤمنوبي لعلهم يرشدون"".Dan apabila hamba-hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat.Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
Doa adalah satu pengharapan dari hamba kepada tuhannya buat dirinya,ibu bapanya, saudaranya,umatnya dan mereka yang dicintainya.Doa adalah sebagai satu wasilah atau jalan untuk mencapai apa yang diimpikan.
Doa termasuk dalam erti kata zikir.Zikir terbahagi kepada dua samada zikir pujian atau pengharapan.Himpunan zikir seumpama ini sering kita lafazkan pada setiap hari sekurang-kurangnya tujuh belas kali pada setiap solat lima waktu iaitu dalam pembacaan surah Al-fatihah.Bagi mereka yang memahamii makna surah itu sudah tentu mendapati terdapat dua pecahan padanya.Lima ayat yang pertama berkisar kepada pujian kepada pemilik alam ini kemudian dituruti dengan doa dan harapan dari hamba kepada tuhannya.
Allah Subhanahu Wataala telah berjanji kepada hambanya dalam beberapa kalam sucinya bahawasanya Dia akan memakbulkan setiap permintaan hambanya.Namun di sana terdapat syarat-syarat yang mesti dipenuhi oleh hambaNya sebelum doa itu diterima.Setiap hamba Allah mesti memelihara tubuhnya dan darah dagingnya dari perkara-perkara yang haram.Mana mungkin permintaan kita dimaqbulkan Tuhan sedang diri yang kita persembahkan penuh dengan segala yang haram.
Allah Subhanahu wataala juga tidak semestinya memakbulkan doa  serta merta pada selepas doa dipinta.Mungkin ia digantikan dengan selain apa yang kita harapkan, atau ditangguhkan pada waktu yang tidak kita ketahui atau mungkin juga dikurniakan pada hari akhirat kelak.
Sebagai seorang hamba, kita tidak sepatutnya sama sekali bersyakwasangka terhadap Tuhan.Bahkan kita selayaknya meletakkan setinggi-tinggi pengharapan kepada Allah atas segala perkara yang diharapkan.
Terdapat golongan yang dijanjikan pada mereka penerimaan doa di sisi Allah.Mereka ialah pemimpin yang adil, seorang yang berpusa berdoa pada waktu berbuka dan mereka yang dizalimi.
Saiyiduna Said bin Abi Waqqas telah dipesan oleh Nabi Sallallahualaihiwasallam supaya menjaga pemakanannya lantaran beliau sekaligus menjadi salah seorang yang sentiasa dimaqbulkan doanya.
Hendaklah diingat bahawa Islam tidak menganjurkan dendam atau permusuhan dalam lafaz doa.Adapun doa mereka yang dizalimi bukan bererti dendam namun ia adalah mengharapkan balasan dan janji dari tuhannya.
Dalam masalah ini kita dapati sebahagian daripada para imam membacakan doa dengan melontarkan kebinasaan pada kaum yahudi secara umum.Hal ini tidak sewajarnya berlaku kerana Islam tidak menganjurkan sedemikian kerana di sana masih terdapat kaum Yahudi yang menentang kezaliman.Sepatutnya doa ini perlu dikhususkan pada puak tertentu contohnya yahudi atau zionis yang zalim.Juga pada tentera Amerika yang laknat.
 Doa juga berperanan sebagai mengubah sesuatu taqdir.Doa sebagai sebab kepada perubahan sesuatu taqdir.Keadaan ini dikaitkan ketika Nabi ditanya adakah ubat mampu mengubah dari sakit  kepada sembuh.Maka nabi menjawab ia adalah sebagai sebab dan taqdir kepada sembuh.Imam Abdul Qadir Aljilani menyatakan bahawa mukmin yang kuat adalah mereka yang melawan taqdir dengan taqdir seperti dari lapar kepada kenyang dari lemah kepada kuat.
Seorang mukmin mesti mengenal konsep tawakkal(التوكل) dan tawakul(التواكل).Tawakkul bermaksud didahului dengan usaha dan diiringi dengan doa manakala tawakul semata-mata menyerahkan sesuatu perkara kepada tuhan tanpa usaha.Dengan itu doa tidak bermakna tanpa didahului dengan usaha.
Pada doa itu ada waktu dan tempat yang dimakbulkan Allah seperti antara azan dan iqamah, waktu sebelum subuh dan waktu hampir berbuka puasa.Tempat yang mustajab seperti Masjidil Haram, Masjidin Nabawi dan banyak lagi.
Wallahu Subhanahu Wataala A'la wa A'lam

Jumaat, 16 Julai 2010

Pulang Bercuti

InsyaAllah malam ni saya dan sahabat serumah akan berangkat pulang ke tanah air.Penerbangan yang dijadualkan pada jam 1.30 pagi esok.Memandangkan terdapat sedikit masalah pada tiket, kami diminta untuk berada di airport lebih awal.Saya mohon doa semua moga segala urusan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke tanah air.

Kepulangan kali ini juga ada kelainan berbanding sebelum-sebelum ini.Kehilangan ayahanda tercinta sebagai insan yang sentiasa menjadi kerinduan tatkala pulang.Tapi kali ini pusaranya sahaja yang bakal aku ziarahi sebagai pengubat rindu diiringi doa-doa yang tulus.

Apa yang penting hidup mesti diteruskan.InsyaAllah kami dijadualkan mendarat sabtu, jam 4petang.Aku cuba sedaya untuk mengisi waktu di Malaysia ini dengan sebaik mungkin.Ada satu dua agenda yang mesti dilunaskan.Sekali lagi saya mohon doa dari semua moga segalanya dipermudahkan.

Selasa, 13 Julai 2010

Hari Keluarga

Minggu ni boleh kate semua anak Negeri Sembilan kat bumi Mesir ni sibuk bersama menjayakan hari keluarga.Masing-masing bersemangat memperjuangkan team@pasukan masing-masing.Banyak aturcara disusun.Mudah-mudahan Allah memandang dengan pandangan redha dan menurunkan rahmat atas segala usaha murni ini.Aku tersenarai bersama kumpulan "poghut", cam polik yo bunyi eh kan.Ha kalau bahasa baku eh perut.Nama-nama kumpulan tahun ni diambil daripada struktur organisasi adat di Negeri Sembilan.Mungkin yang bukan dari Negeri Sembilan kurang tahu tentang itu sebab aku pun tak berape tahu.huhu.Aku pun nak ucap syukran jazilan kat penganjur sebab sudi beri aku yang dhoif ni peluang untuk sampaikan tazkirah.Hari keluarga tahun lepas Alhamdulillah aku dapat beri sumbangan kejayaan pade team aku, menang dalam who wants to be a daie.Tapi rase tahun ni bagi kawan-kawan yang lain lah masuk pulak kut.InsyaAllah sume hebat-hebat.ok ni saje bicare ringkas tentang family day anak-anak Negeri Sembilan tahun ni.Barakallahufikum...

Ahad, 4 Julai 2010

Ada Berkat Pada Waktu

"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian".Masa oh masa...Begitupun semua kita diberi tempoh yang sama pada saban hari namun pelaksanaan kehidupan tetap tidak sama.Kata guru saya Sheikh Ahmad Jawish Hafizahullah, kita tidak ada beza dalam tempoh kehidupan tetapi yang membezakan apakah pada waktu dan setiap detik kehidupan itu dikurniakan berkat dari pemilik waktu.

Sungguh, jika difikirkan tiada beza antara semua manusia di dunia ini bermula semenjak zaman nabi Adam Alaihissalam sehingga pada detik hari ini waktu yang dikurniakan tetap sama pada setiap individu.Namun apakah setiap penghasilan dalam kehidupan kita sama?Kawan-kawan yang membaca coretan ringkas ini boleh renung bersama apakah memadai segala apa yang kita laksanakan selama nadi kita berdenyut setimpal dengan kehendak agama.

Mungkin kita merasai memadai apa yang telah tertunai kalau dilihat dan dibandingkan dengan mereka yang tidak mengetahui apa itu maksud waktu.Tapi kita yang digelar mukmin sewajarnya harus melihat dengan harapan agama bagaimana dan kemana setiap detik masa dicurahkan?

Hargailah waktu.Segalanya bakal dipersoal.Seimbangkan kehidupan dari segala aspek.Anda pelajar perlu sentiasa belajar.Banyakkan berdoa moga waktu sentiasa diberkati.Apabila waktu diberkati sudah tentu ia tidak terisi melainkan dengan apa yang bermanfaat.

Sabtu, 26 Jun 2010

Jalan Berbeza Hala Tuju Yang Sama

Tidak pernah selesai isu ini.Seolah-olah menjadi polemik yang begitu membarah pada jiwa mahasiswa-mahasiswa di bumi anbia' ini.Saya secara peribadi tidak mahu terkecuali ingin berbicara mengenai isu ini walaupun tidak pasti berapa lama dan ke mana sudahnya perkara ini.Isu yang dimaksudkan adalah kepelbagaian persatuan ataupun dalam bahasa Arab dipanggil "taaddud jama'ah".

Hakikatnya semua lisan berhak mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai isu ini.Ada yang berhujah dengan ayat Al-Quran, ada juga yang menggunakan hadis baginda Rasul dan ada pula yang menukilkan kalam para ulamak.Saya mengangap pandangan mereka semuanya benar.Namun, apakah yang semuanya benar itu harus diterima?Apakah setiap pendapat sentiasa relevan pada setiap waktu?

Rasanya berpuluh tahun isu ini masih belum menemui jalan penyelesaian antara sesama persatuan di sini.Walaupun diri yang kerdil ini baru bertapak di bumi Mesir ini tidak sampai tiga tahun dan kalau nak dibandingkan dengan para ustaz dan ustazah yang lain yang ada sebilangannya mencecah tujuh atau lapan tahun bahkan ada yang belasan tahun, tetapi sekadar ingin memberikan pendapat dan pandangan berdasarkan pengalaman yang dangkal ini dan perbincangan serta pergaulan bersama rakan-rakan dari pelbagai persatuan.Mungkin para pembaca boleh mendalami bersama jiwa saya apakah yang saya fikirkan.

Persoalan yang ingin diutarakan, sejauh mana kalam atau pendapat persatuan "A" yang menyatakan ta'addud ini tidak dibolehkan di dalam Islam sehingga mampu membuatkan persatuan "B" taat dan patuh pada pendapat tersebut?Apakah persatuan A tidak penat dalam membahaskan isu ini kerana telah terbukti sejak bertahun persatuan B tidak akan bersama dengan persatuan A dalam pendapat itu?Apakah permasalah ini isu utama dalam agama sehingga jika tidak dipatuhi boleh menggugat akidah?Justeru itu, apakah salahnya untuk persatuan A menutup sahaja isu ini lantas melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai persatuan yang benar-benar ikhlas terhadap pelajar-pelajar di Mesir ini.

Saya melihat hala tuju dan matlamat semua persatuan ini sebenarnya tidak jauh berbeza, sebagai contoh cuba kita lihat isu palestin, semua persatuan tetap bersama membantah kezaliman Yahudi laknatullah.Tidak ada sama sekali di sana pihak yang menyokong Yahudi.

Konsep mengingkari kemungkaran dan menyeru kepada ma'ruh semuanya sepakat dalam persatuan masing-masing.Mereka bersungguh-sungguh menyeru kepada ahli masing-masing kepada perkara itu.Tidak ada yang inginkan kepada kemungkaran.Bermakna dalam perkara asas agama semua kita sepakat untuk ianya tertegak dalam jiwa setiap individu.Maka, apa yang kita selisihkan selama ini tidak lebih cara dan metod masing-masing yang berbeza dalam mensasarkan kepada matlamat itu.

Maka saya merayu kepada semua persatuan menutup pintu perselisihan ini demi menjaga kesatuan seluruh mahasiswa di bumi Mesir ini dan lebih menumpukan kepada gerak kerja masing-masing dalam membina integrasi pelajar dari segala aspek.Kita bersatu atas nama ummah yang sujud pada kiblat yang sama, yang bersaksi pada tuhan yang satu dan nabi yang satu.

Kita berkawan bukan atas dasar persatuan tetapi berkawan atas dasar Islam.Islam adalah semua kita yang bergelar Azhariyyin bersama rakan-rakan perubatan.Sekiranya kita masih ingin membahaskan isu ini sedangkan tidak akan ada pihak yang ingin mendengar dan mengalah terhadap pendapat kita, maka jelaslah kita berada di antara golongan yang sangat-sangat rugi.

Muhsinahmad

Jumaat, 25 Jun 2010

Ka'sul Alam Vs Piala Dunia Vs World Cup

Perlawanan demi perlawan, minggu pusingan kedua akan berlangsung.Yang berjaya terus berusaha mencari tempat untuk ke pusingan seterusnya.Bahang ke pusingan akhir terus dirasai.

Namun apa yang lebih bagi kita pelajar Al-Azhar secara khususnya, menonton setiap perlawanan janganlah dijadikan agenda utama rutin seharian.Kita ada banyak tanggungjawab yang lebih utama yang perlu didahulukan.Jadikan tontonan itu sebagai akitiviti sampingan.

Jangan samakan kehidupan kita seperti rakan-rakan yang lain.Mereka mungkin kurang tanggungjawab.Mereka tidak duduk di ruang lingkup dunia ilmu.Dunia kita jauh berbeza dengan mereka.Mereka tidak berpeluang seperti kita.Gunakan kesempatan yang diberikan sebaiknya.

Bagi yang masih berimtihan teruskan usaha anda sehingga selesai.Manakala yang telah selesai imtihan amanah menuntut ilmu itu tidak pernah terhenti.Kita yang bergelar Azhariy bukan sahaja belajar pada musim atau fatrah kuliah dan imtihann semata-mata bahkan ia berterusan sehingga roh dicabut dari jasad.

Apapun selamat ber"piala dunia".Aku dengan Brazil tetap menanti di stadium akhir.heheheh...Agak-agaknya siapalah perangkul piala kali ini.

Akhlak Bertutur

Kerana lidah badan binasa.Perumpamaan Melayu yang membuktikan bahawa lidah mampu memberi kesan yang besar pada diri seseorang.

Oleh itu Islam datang memberi kaedah dan metod yang baik dalam
menggunakan anggota itu terutama dalam berinteraksi sesama manusia samada antara sesama Muslim atau yang bukan Muslim.Begitu juga dengan agama yang lain tiada satu pun menyeru kepada penganutnya kepada tingkah atau sikap yang keji ini.

Cacian atau makian sangat terlarang dalam Islam.Para ulamak suluk menamakan sebagai "افات اللسان".Al-Imam Al-Ghazali membahagikan dua puluh bentuk cacian dalam ihya'nya manakala Syeikh Abdul Ghani Nabursi menyebut sehingga tujuh puluh dua jenis cacian.

Islam tidak mengecualikan perbahasan bagi mereka yang dizalami kerana mereka ini sering akan terjebak kepada menuturkan kalimah berbentuk cacian.Bahkan ia adalah sifat atau tabiat manusia apabila dizalimi atau dianiayai sudah tentu hati dan perasaannya ingin diluahkan tetapi di sana ada had atau ketetapan yang tidak keterlaluan dalam meluahkan apa yang dirasainya.

Sewajarnya untuk dia mengadu kepada pihak tertentu mengenai kezaliman dan sikap yang hina menimpa dirinya.

Tercatat dalam kisah perjalan salafuna soleh apabila mereka diuji dengan tuduhan atau fitnah dari mulut-mulut yang busuk, mereka tidak lebih mengungkap doa kepada yang menuduh itu.Ucapan yang lebih membawa kepada kelembutan jiwa "ya Allah jika benar tuduhan dia itu kepada ku maka ampunkanlah aku, jika pula tuduhan itu tidak benar maka Kau ampunkanlah dia".Beginalah sikap hamba-gamba Allah yang sangat dekat hubungannya dengan tuhannya.Mereka tidak mudah untuk menuturkan kalimah-kalimah yang kesat apatah lagi cacian yang menjijikkan.

Hari ini kita dapat saksikan sikap manusia yang ingkar dengan perintah Allah, bukan sekadar ingkar bahkan menghina dan mencaci pula hukum dan agama Allah.Ia bukan sahaja keluar dari lisan yang bukan Islam tetapi tidak terkecuali yang beragama Islam.Mereka sedikit tidak rasa malu terhadap apa yang mereka tuturkan.Keadaan seperti ini sepatutnya perlu diambil tindakan bagi menghukum mereka yang biadab terhadap agama yang suci ini.

Islam tidak pernah menyeru kepada penganutnya supaya mencerca mana-mana agama bahkan kepada syaitan juga dilarang.Nabi Sallallahu'alaihi wasallam pernah melarang seorang sahabat yang mencaci syaitan dengan bersabda, tuturkanlah Bismillah kerana syaitan apabila dikeji ia semakin membesar namun sekiranya kita menyebut nama Allah ia semakin mengecil.Nabi juga banyak berpesan supaya kita banyak berlindung dari makhluk yang dilaknat ini bukan mencacinya.

Dalam suasana perbezaan pendapat atau hujah pula terdapat di sana golongan yang memaki hamun terhadap pendapat yang tidak disetujuinya, sepatutnya dia mesti melawan hujah itu dengan hujah bukan bersikap emosi dengan lawannya sehingga berlaku pertelingkahan yang berpanjangan.

Mengenai permasalahan menghina para sahabat RadhiAllahu an'hum ajmai'in yang masih berlaku dalam kalangan penganut Mazhab syiah, ulamak telah menyeru kepada mereka supaya menghentikan tabiat ini.Jika diperhatikan tidak ada satu ajaran pun yang menyeru kepada cacian apatah lagi mereka semua yang sudah lama meninggalkan kita.Maka tidak perlu untuk menyebut-nyebut mengenai mereka yang sudah pergi melainkan kebaikan.

Oleh itu kita yang bergelar mukmin wajib mempelajari adab atau akhlak terpuji yang sepatutnya bersemadi dalam jiwa setiap mukmin kerana Nabi Muhammad datang adalah bagi menyempurnakan kemuliaan pada akhlak itu.

Wallahuta'ala A'la waA'lam

Rabu, 23 Jun 2010

Episod Baru

Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin diberi kesempatan kembali untuk menulis di ruang blog ini yang setelah sekian lama menyepi.Rasanya hampir empat bulan tidak mengisi ruangan blog ini.Semenjak pemergian ayahanda tercinta kemudian disambung dengan musim peperiksaan di Al-Azhar semangat ini tertumpu untuk persediaan mengahadapi peperiksaan.

Walaupun begitu, hakikatnya masih banyak waktu terbuang.Itulah sikap yang semestinya perlu dititik berat oleh seorang mukmin dengan menghargai setiap detik masa yang dikurniakan Allah.Namun beginilah sikap diri ini yang lemah sering teralpa dengan perkara-perkara yang melekakan.

Harapanku moga blog ini kembali aktif dengan penulisan-penulisan yang membina akal dan pemikiran sebagai seorang pendokong agama yang mulia ini.Juga dengan harapan diri ini mendamba doa yang tulus dari para pembaca moga terus istiqamah di jalan ini.

muhsinahmad

Isnin, 12 April 2010

Ayah Pula Dijemput Pulang


Innalillahi Wainnailaihi Raji'un
Aku merasakan sangat bahagia walaupun ia satu ujian yang datang dari Allah.Tepat jam 2.55 pagi hari Sabtu, pulangnya ayahanda tercinta ke pangkuan Rabbul Izzati.
Aku yang menuturkan kalimah “Lailahaillallah” di telinga ayah.Subhanallah terasa amat tenang ketika hembusan nafas terakhir beliau dan aku dapat merasakan saat perpindahan ayah ke alam barzakh itu suatu pemergian yang amat tenang.Diiringi dengan rintikan hujan yang turun bersama alunan surah Yasin oleh semua adik-beradik menjadikan aku amat bersyukur dengan husnul khatimah yang Allah kurniakan pada ayah.
Memanglah perasaan sedih tetap menyelubungi satu keluarga, namun tanda syukurku pada tuhan terus bersemadi bersama jasad ayah.Merasakan nikmat yang tidak terhingga kerana kami kesemua adik-beradik lelaki dapat menguruskan jenazah ayat dengan sempurna sehingga disemadikan jasadnya.
Terasa syukur dapat memangku jasad ayah ketika memandikan jasadnya, mengusap dan menyapu air di muka ayah.Melihat teman-teman ayah turut serta bersama mengkafankan jenazah ayah.Takbir diangkat menunaikan solat jenazah dan aku merebut peluang untuk mengimami solat itu.Alhamdulillah tiga kali solat jenazah didirikan ke atas ayah.Abang aku Redza sudah tentu mengimamkan solat di masjid.Ya Allah kurniakan Syurga buat ayah tercinta.
Menunjukkan tanda kasih saying pada ayah berkebetulan abangku baru dikurniakan cahaya mata  sehingga menamakan anaknya dengan nama ayah dan nama samarannya “Ahmad Husain”.Moga-moga nama itu menjadi satu motivasi buat kami semua tanda ingatan selamanya buat ayah sebagai pendidik yang yang sangat Berjaya mendidik putera-puterinya.
Buat mak, sudah tentu amat sukar untuk melupakan saat pahit manis bersama ayah.Hampir 45 tahun hidup bersama suka duka ditempuh bersama.Apa lagi yang lebih bererti pada saat ini melainkan doa dan segala amal soleh yang diajarkan sebagai peneman buat suami tercinta.
Semoga rohnya bersama dengan para solihin…AL-FATIHAH

Isnin, 5 April 2010

Persiapkan Dirimu Yang Masih Bernyawa

Hanya iringan doa dan Al-Fatihah buat dirimu.Yang pergi tetap pergi dan yang hidup pulang dan terus berjalan di muka bumi ini.

Alhamdulillah selepas solat Zohor tadi selesai pengebumian Al-Marhum Ustaz Hafizul Husna Rahmatullah 'Alaih.Konvoi para teman seperjuangan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.Bibir ini tidak lain hanya sentiasa menuturkan ayat-ayat suci Al-Quran, mudah-mudahan sampailah pahala kepadanya.

Namun apa yang lebih penting peringatan buat diri yang kerdil ini dan seluruh yang bergelar mukmin.Kematian adalah pasti.Namun bicaranya bukan bila dan di mana tetapi amalan yang bakal di bawa bertemu dengan dua malaikat itu.

Teman-teman, persiapkan dirimu.Nafas ini bila-bila akan terhenti.Hitung kembali amal diri.Siapkan diri untuk bertemu dengan kematian....

Ahad, 4 April 2010

Perginya Seorang Teman

Innalillahi wainnailaihi raji'un.Moga rohnya bersama para solihin.

Pemergian teman tercinta, terasa terpaku minda bila terbace mesej ym yang dihantar oleh ustaz Moja.Apakan daya takdir Ilahi mengatasi segalanya.

Almarhum sahabat yang baik dan pernah tinggal bersamanya beberapa bulan.Baru semalam beliau menghubungi saya meminta tolong ajarkan nahu  untuk pelajar Iskandariah.Rupa-rupanya itu suara terakhir yang kedengaran sebelum pemergiannya.

Semoga Allah menjanjikan nikmat Syurga untuknya.Amiiiin...

Khamis, 1 April 2010

Tahniah Buat Kedah


Syukran awi kepada tangan-tangan yang banyak berkhidmat untuk menghadirkan ulamak-ulamak.Lantas dengan jasa yang mulia itu saya salah seorang yang dapat mengambil manfaat dengan kehadiran mereka.
Kehadiran pada setiap minggu Shiekh Jamal Farouq dengan mengajar ilmu mantiq yang sangat penting cukup memberikan kelebihan kepada kawan-kawan dari kuliah usuluddin secara khususnya dan bagi semua penuntut ilmu yang lain.Begitu juga kunjungan dua kali sebulan dari Muhaddith Mesir Shiekh Muhammad Alkattani ke rumah Kedah adalah satu nikmat yang besar.Amat sayang dan sedih bagi mereka yang tidak merebut peluang emas ini.Tidak perlu untuk  bertandang ke Azhar buat mereka yang kesempitan waktu memadai untuk ke Haiyu Sabi’ dan mengutip permata-permata yang keluar dari lisan ulamak-ulamak besar ini.
Apapun moga Allah membalas pada mereka yang berusaha banyak dalam menghidupkan suasana ilmu ini setimpal dengan janjiNya.

Keagungan Al-Azhar As-Syarif

Alhamdulillah, semalam lepas pengajian Usul Fiqh bersama Syiekh Saiyid entah camne tanpe diduga aku dan bersama beberapa orang student lain dapat menjenguk kehebatan dan keagungan pembinaan asal Masjid/Jami’ Al-Alzhar As-Syarif yang telah terbina sejak seribu tahun yang lampau.Kami menjenguk Bandar Kaherah dari atas Masjid Al-Azhar.Kalau ikutkan aku sendiri tak terlintas nak naik atas tu.Bukan mudah nak naik atas tu.Kalau nak ikut yang duduk Mesir sepuluh tahun pun belum tentu dapat naik atas tu.

Aku pun bukan beria-beria sangat nak naik.Tapi tulah tak sangka bila dah naik,Subhanallah melihat penciptaan dan pembinaan yang begitu agung.Kawan-kawan boleh baca sejarah pembinaan asal Azhar Assyarif ni yang ditubuhkan oleh “Jauhar Saqilly” dari mazhab Shi’ah sehingalah kedatangan Sultan Salehuddin Al-Ayyubi mengubah pusat ilmu teragung ini kepada alitan mazhab Ahli Sunnah.

Begitu melihat dan merenung perjalan perkembangan ilmu Islam yang dibawa oleh ulamak ummah sehinggalah hari ni.Semoga Islam terus agung dengan kegahan universiti yang tertua di dunia ini.Mudah-mudan sejarah agung ini menjadi motivasi buat seluruh pelajar AlAzhar untuk menjejaki langkah mereka.Ala kulli hal Alhamdulilah, aku bersyukur dapat merasai kehebatan ini walaupun nak dibandingkan ilmu sudah tentu tidak terbanding dengan mereka.

Sabtu, 27 Mac 2010

Kepentingan Ilmu Alat


Perkara yang terlepas pandang sedangkan ia amat penting bagi membina generasi ulamak.Ya, ilmu alat.Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu alat?Ilmu alat adalah ilmu asas yang menjadi wasilah atau jalan untuk sampai kepada kefahaman ilmu yang lain.
Perkara ini terabai dan ditinggalkan oleh sebahagian besar pelajar khusunya mereka yang bergelumang dengan ilmu agama.Hal ini mungkin berpunca daripada salah faham atau tidak tahu kaedah dan  manhaj sistem pembelajaran terutama ilmu syariat.
Pelajar terlupa bahawa tanpa kefahaman yang mantap terhadap ilmu alat ini mereka tidak akan mampu untuk memahami dengan baik ilmu-ilmu syariat yang lain.
Sebagai contoh bagi mereka yang berada dalam dunia pengajian ilmu agama yang menggunakan bahasa Arab sebagai kunci kepada ilmu lain.Mereka tidak dapat tidak sepatutnya mesti menguasai bahasa Arab dengan baik terlebih dahulu sebelum berpindah ke ilmu-ilmu yang lain seperti fekah, hadis, tafsir dan lain-lain lagi.
Dalam ilmu Bahasa Arab secara khususnya pelajar harus mengusai sekurang-kurangnya mata pelajaran nahu,sorof dan balaghah dengan baik.
Adapun ilmu alat lain yang sangat perlu dikuasai adalah ilmu mantiq.Kata Imam Al-Ghazali Rahimahullah, “barang siapa yang tidak memahami mantiq,  maka ilmunya tidak boleh dipercayai”.Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya ilmu ini sebagai elemen untuk memahami ayat Al-Quran, sabda Nabi dan kalam para ulamak dalam kitab-kitab turath.
Terdapat beberapa ilmu lain yang tertinggal sedangkan ia merupakan ilmu yang penting bagi membina akal seperti usul fiqh.Ada ulamak yang menyatakan bahawa siapa yang tidak memahami usul fiqh tidak dianggap seseorang itu seorang yang alim.
Begitu juga penguasaan terhadap mustolah-mustolah dalam sesuatu bidang ilmu.Ianya amat penting untuk difahami kerana jika ia diterjemah mengikut kefahaman sendiri berkemungkinan bakal membawa kepada salah penafsiran.
Jadi, bagi pelajar-pelajar dalam pengkhususan agama seharusnya mendalami terlebih dahulu ilmu-ilmu alat yang disebutkan di atas.
Wallhu Subhanahu wata’ala A’la wa A’lam

Maqasid Syari’ah

Islam adalah sebuah agama yang sangat menitik beratkan pembentukan sebuah umat.Maka di sana terdapat beberapa perletakan yang berlandaskan Quran danSunnah sebagai panduan dan pimpinan yang menghalakan kepada pembentukan dan pembangunan umat ini.Pembentukan ini tertumpu dari setiap individu sehingga terbina sebuah masyarakat yang akhirnya berada dalam kehidupan yang aman dan harmoni dengan segala apa yang terlaksana dalam kehidupan umat ini disandarkan kepada Quran dan Sunnah.

Maka peranan pembentukan dan pengislahan umat ini tidak lain terpikul di setiap generasi pengislah teruatama pihak pemerintah atau siapa sahaja yang merasai mempunyai nilai tanggungjawab dalam menghapuskan segala kerosakan dan kebinasaan yang berlaku dalam sesebuah entri masyarakat.

Apabila terbina sebuah generasi yang benar aqidahnya, tepat syariatnya dan suci peribadinya dari segala keaiban, maka akan sampailah keadaan ini kepada maqasid(matlamat) Syari’ah Islam yang sebenar.

Maqasid yang diletakkan oleh syariat Islam terbahagi kepada lima bahagian bermula dengan penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.Kehidupan umat itu akan terpimpin apabila setiap gerak kerja berada dalam lingkungan lima penjagaan di atas.
Oleh itu kelima-lima maqasid ini tidak terbatas penilaiannya di dunia semata-mata, bahkan segalanya akan diperhitungkan di akhirat kelak.Bagi mereka yang menjadikan maqasid ini sandaran dalam setiap tingkahnya maka sudah tentu memperoleh balasan yang baik dari tuan punya alam, adapun mereka yang tidak menjadikan maqasid ini panduan, balasan yang buruk bakal menanti.

Baik, kita berganjak kepada perbincangan setiap maqasid ini secara ringkas.Mudah-mudahan ia sebagai pintu masuk untuk mengenali apa yang dimaksudkan dengan setiap maqasid ini.Bagi yang ingin mendalami sudah tentu dan tidak dapat tidak perlu bergelumang dengan ilmu syari’at Islam.

Maqasid yang pertama:Penjagaan Agama

Maqasid ini menerangkan tujuan penciptaan manusia.Seperti firman Allah yang bermaksud “tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk mereka beribadah”.(az-zariyat-56)
Dengan maksud ayat Quran di atas dapat difahami bahawasanya setiap gerak kerja dalam kehidupan ini tidak lepas dalam pengertian ibadah.Oleh itu Allah melarang setiap hambanya melakukan kekejian walaupun sedikit kerana tidak ada di sana istilah kekejian atau kebinasaan dalam ibadah.
Dalam maqasid ini penjagaan yang dimaksudkan adalah penjagaan hamba dari terjerumus kepada menyengutukan tuhan.Kerana itu maqasid ini diletakkan sebagai yang utama dari kelima-lima maqasid lain.Tidak ada erti sesebuah kehidupan walau dengan kebaikan dan keharmonian sekiranya tidak berada dalam agama yang diredhai tuhan.Oleh itu, hargailah nikmat yang terbesar ini iaitu Islam yang kita anuti agar ia terus bersemadi sehingga akhir hayat.
Firman Allah jelas menyatakan “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa kerana menyengutukannya(syirik) dan dia mengapuni dosa selain dari syirik itu bagi sesiapa yang dikehendakinya.Barang siapa yang menyengutukan Allah maka sungguh dia telah melakukan dosa yang besar”(an-nisa’-48)

Maqasid Kedua:Penjagaan Nyawa

Penjagaan ini secara umumnya termasuk penjagaan seluruh anggota badan dan kemuliaannya.Terdapat banyak nas al-Quran yang mengalang dan mengharamkan manusia dari merosakkan dirinya sendiri dan orang lain.Seperti firman Allah “Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam kancah kebinasaan dengan tangan kamu sendiri”.Firman Allah lagi “ Dan janganlah kamu membunuh dirimu sesungguhnya Allah maha penyayang terhadapmu”.Dengan ayat di atas jelas dan nyata larangan yang Allah sebutkan supaya manusia tidak membunuh, merosakkan atau membinasakan dirinya.

Dalam hadis nabi ada menyebut bahawa “Sesungguhnya manusia ini adalah ciptaan tuhan, maka laknatlah bagi mereka yang merosakkan ciptaan tuhan”

Bahagian maqasid ini tidak terbatas pengertian kepada umat Islam semata bahkkan ia mencakupi seluruh umat walau bukan beragama Islam.Maka tidak boleh sewenang-wenangnya manusia itu menyakiti mana-mana jasad walaupun bukan dari agama Islam.

Maqasid ini diletakkan selepas penjagaan agama kerana berdasarkan peringkat dosa yang besar selepas syirik iaitu membunuh.Banyak hadis nabi membicarakan hukum dan ancaman bagi mereka yang membunuh samada membunuh sesama manusia dan yang lebih memilukan membunuh diri sendiri.Sabda nabi “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu maka akan diazabkan pada hari kiamat kelak”.

Begitu juga dengan ancaman dan azab bagi mereka yang yang membunuh manusia lain seperti firman Allah, “Dan barang siapa yang membunuh seorang yang beriman dengan sengaja maka balasannya adalah Neraka Jahannam, dia kekal di dalamnya, Allah murka padanya dan melaknatnya serta menyediakan azab yang dahsyat baginya”.(an-nisa’-93)

Terdapat hadis nabi yang menyatakan darah anak Adam yang mengucapkan dua kalimah syahadah itu hanya halal pada tiga keadaan sahaja iaitu pada penzina yang sudah berkahwin(rejam), dan pembunuhan sesama manusia(qisas), dan mereka yang meniggalkan agamanya(keluar dari Islam)”

Demikian Islam sangat menitik beratkan nilai nyawa pada setiap jasad.Jika disaksikan hari ini, dunia penuh dengan pembunuhan di sana-sini akibat tidak ada keinginan melaksanakan hukum tuhan.

Maqasid ketiga:Penjagaan Akal

Akal adalah sebesar-besar nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia.Kerana dengan akalla dapat memimpin seseorang itu kepada kebenaran.Namun dengan akal juga manusia terpesong dari jalan yang benar.Justeru akal punya peranan yang amat besar dalam membina sesebuah masyarakat.

Apabila berlaku kecacatan atau keaiban dalam akal atau fikiran manusia maka ia akan membawa kepada kerosakan.Oleh itu, Islam mengingatkan manusia supaya menjaga nikmat yang besar ini dari segala yang boleh merosakkannya.Seperti contoh, anasir yang membawa kepada kerosakan akal adalah meminum arak.Allah Subhanahu Wataala jelas mengingatkan manusia agar supaya menjauhkan dirinya dari minuman ini kerana ia adalah kunci kepada segala kebinasaan, firman Allah “Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, berkorban untuk berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan-perbuat itu agar kamu beruntung.Dengan minuman keras dan judi itu syaitan hanyalah bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian sesama kamu dan menghalang-halang kamu dari mengingati Allah dan melaksanakan solat.Maka tidakkah mahu kamu berhenti?(al-maidah-90,91)

Hadis nabi pula menyebut “ Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan juga haram”, maka natijahnya arak adalah haram.Bukan arak sahaja perkara yang merosakkan akal.Banyak lagi bahan atau alat yang membawa kepada kerosakan akal seperti dadah, ganja, rokok dan seumpama dengannya.

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana pengambilan alat-alat di atas boleh merosakkan akal sekiranya sedikit pengambilannya dan tidak menjejaskan akal.Jawapannya, seperti yang digariskan oleh para ulama bukan yang dibicarakan sedikit atau banyak pengambilannya tetapi bahan yang membawa kepada kerosakan itu tidak kira sedikit atau banyak maka hukumnya haram.Seperti arak tidakkan mabuk jika ditelan setitik tetapi apakah hukumnya berubah?

Dengan itu jelas Islam mementingkan penjagaan dan pembinaan akal ke arah pengukuhan masyarakat dan barang siapa cuba-cuba ntuk melakukan percanggahan hukum dengan perkara yang merosakkan akal maka buruk padahnya kerana apabila dia mabuk, dia lupa pada diri lantas terjerumus kepada maksiat lain yang lebih besar.

Maqasid Keempat:Penjagaan Keturunan

Maqasid ini membahaskan hubungan kekeluargaan secara amnya dan lebih khusus antara anak dan ibu bapa.
Syariat Islam mengingatkan bahawa betapa pentingnya penjagaan terhadap anak-anak.Bermula dari kelahiran sehinggalah akhir usia seorang anak itu.

Dalam penjagaan keturunan ini Islam meletakkan dua kaedah, yang pertama adalah perkahwinan.Perkahwinan adalah sebaik-baik jalan dalam menyalamatkan keturunan kerana dalam soal meramaikan umat memanglah fitrah manusia namun persoalannya adalah bagaimana proses itu berlaku samada mengikut panduan syarak atau tidak?Oleh yang demikian, Islam menganjurkan perkahwinan seperti mana sabda nabi “Berkahwinlah kamu dengan wanita yang pengasih dan subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai”.

Namun ada perkara yang harus diperhatikan disebalik galakan Islam terhadap ibadah ini iaitu tidak lain mengenai kewajipan-kewajipan yang bakal diharungi oleh pasangan suami isteri.Ini penting bagi menjamin pembinaan struktur keluarga itu mengikut acuan syarak, dan ia berkekalan.Segala perkara mengenai perkahwinan wajib dipelajari sebelum ianya terpatri.

Bagi mereka yang berkemampuan dari sudut nafkah zahir dan batin, ibadah ini harus digalakkan pada mereka dan dipermudahkan urusannya sehingga tidak menyusahkan mana-mana pihak.

Kaedah kedua yang dianjurkan syarak bagi mencapai maqasid ini adalah tidak menggugurkan kandungan.Begitu juga pengharaman Islam bagi mereka yang membunuh anak kerana takutkan miskin.Ini jelas terlarang melalui firman Allah “Janganlah membunuh anak-anakmu, kamilah yang memberi rezeki kepadamu” (alan’am-151)
Ini di antara sikap dan tabiat sebahagian kaum Arab Jahiliyyah ketika zaman sebelum kedatangan cahaya Islam.Mereka juga menanam anak-anak perempuan mereka secara hidup-hidup sehingga datang firman Allah yang bermaksud “Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup itu ditanya, kerana dosa apakah dia dibunuh”(at-takwir,8-9).

Sejarah buruk kaum Arab jahiliyyah ini sepatutnya menjadi pengajaran dan panduan bagi kita yang hidup di akhir zaman ini.Namun masih ada golongan yang melakukan perkara terkutuk ini seperti membuang bayi-bayi di merata tempat.Wal’iyazubillah…Demikian manusia semakin hari semakin jauh dari maqasid syari’ah seperti yang diarapkan.Allhulmusta’an…

Maqasid Kelima:Penjagaan Harta

Maqasid terakhir ini tidak kurang pentingnya.Seperti yang diketahui harta adalah salah satu unsur atau asas kepada kehidupan manusia.Oleh sebab itu Islam menghalang dan memelihara harta dari dirampas, dirompak atau yang seumpama dengannya.

Maka di sana Islam meletakkan hukuman yang setimpal bagi mereka yang melakukan kezaliman terhadap pemilik harta seperti memotong tangan bagi yang mencuri.Allah menyebut dalam kitabnya “Dan bagi orang lelaki dan perempuan yang mencuri maka potonglah kedua tangan mereka sebagai balasan dan siksaan dari Allah.Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi bijaksana”.(38-almaidah)

Demikian hukum yang dicatatkan Allah dalam kitabnya betapa Islam mengambil berat terhadap penjagaan harta.
Bagaimana pengambilan atau hasil harta juga turut disentuh oleh syarak.Tidak semua harta dating dari sumber yang halal.Terdapat di sana garis panduan yang wajib ditaati oleh mukmin sehingga tidak melanggar perintah Quran dan Sunnah.Firman Allah “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan cara yang batil kecuali dengan perdagangan yang berlaku atas suka sama suka di antara kamu”(29 an-nisa’)

Dalam bahagian maqasid ini juga dibincangkan bahawa setiap harta yang dimiliki oleh setiap individu bukanlah harta itu menjadi miliknya secara mutlak.Masyarakat di sekelilingnya turut mempunyai hak pada hartanya.Ini jelas apabila pemilik penggunaan harta harus pada jalan yang benar kerana dengan penggunaan yang tepat bakal memberi bantuan dari sudut putaran ekonomi sesama masyarakat sekaligus mempertingkatkan taraf hidup.

Demikian lima maqasid syariah yang dihuraikan secara ringkas bagi member pengenalan asas terhadap hala tuju dan matlamat agama ini.Menjadi kewajipan bagi setiap individu muslim mempraktikan dalam kehidupannya setiap lima penjagaan di atas bagi mencapai keredhaan tuhan dalam setiap amalannya.

Wallahu subhanahu wata’ala A’la wa A’lam

Jumaat, 19 Mac 2010

Bukan Nak Marah


Ha bukan nak marah cuma nak betulkan, kalau betullah dengan ayatnye.Kali ni hiwar kat sini mungkin tak berape akademik .Takpelah memang nak sembang2 je kali ni.
Agaknye memang betullah orang kate student Azhar ni ade yang shadid(maknenye bukan semue).Apepun nak cerite kat sini mase kat pengajian Shiekh Yusri Hafizahullah tadi, saye pun tak sangke lak boleh jadi camtu.Ceritenye camne…..?
Saye sampai kelas lewat, maknanye kelas dah mule.Pastu tengok masjid penuh gile.Yang dahsyat tu penuh dengan akhawat pulak tu yang teruja.Takpe lah Alhamdulillah.Saye pun ambil tempat kat belakang sekali.Kire belakang para ustaz, cume kebetulan tempat tu memang termasuk la kawasan akhawat2 ni.yelah dah penuh la katekan.Kalau boleh nak je duduk kat bahagian depan akhawat tapi segan gak pasal terlalu rapat.Takpe saye pun duduk dan menumpukan perhatian pade syarahan sheikh.Tetibe dalam setengah jam camtu adelah ustazah ni toleh kebelakang.Ingat toleh sesaje, kut2 nak tengok sape kat belakang, jadi ana pun husnuzon jelah.Manelah tau niat orang ni.Berdosalah kalau su’uzon.
Ha ni pat penting, rupe2nye tak sampai lime minit pastu ade risalah kecik diorang pos kat ustaz depan saye.Tapi husnu zon lagi ingatkan diorang nak tanye soalan kat sheikh.Rupe2nye tulisan yang bertulis “ustaz boleh tak pindah kat depan, boleh Nampak sheikh” ha lebih kurang camtulah bunyi eh.Yah inilah point die.Saye memang tak sangke rupe2nye ape yang saye buat tu salah rupenye.Ha ni cerite dulu keadaan sebenar.Sekarang berpindah ke marhalah nak tegur.
Kepada para Ustazah2 yang dikasihi sekelian…
Ana faham lah maksud ustazah tu, saja nak suruh kami ni pindah depan konon2 tak selesa bila ada ustaz duk belakang akhawat.Padahal kalau nak ikutkan ade je sebelah ana tu lelaki Arab.Apasal tak buat surat sekali tegur die.Inilahpemikiran  yang melande sebahagian mahasiswi Azhar, bile ustaz2 yang duk dekat tak boleh tapi kalau arab takpe pulak.Ana pun tak tau kat mane salahnye keadaan mase tu.Untuk pengatahuan umum kami pun tak sudilah nak duk dekat2 camtu.Ingat kami selesa sangat ke??Masalahnye dah takde tempat, jadi apelah salahnye para ustazah tasamuh sikit.
Ya mungkin entunna menggunakan kaedah “saddan lizzari’ah”, tapi biar kene tempat la sheikh.Takkan majlis yang camtu yang dipenuhi oleh para malaikat ingin dicemari dengan sikap yang tak baik.Kalau entum rase camtu memang salah besar la.Mana mungkin kami nak pi pegang entum.Kalau dalam bab jaga pandangan pulak.Baik,  kami(para ustaz) yang duk belakang ni kene jage pandangan, memang betul.Habis ustazah yang duduk belakang ustaz tak payah jage pandangan???semua wajib jage pandangan dalam hal ni.Cume dalam sesetengah keadaan memang kene tasamuh.Mana mungkin kite boleh baca niat manusia, ingat tu!!!!Husnu zon la ustazah.InsyaAllah ustaz2 yang datang pengajian ni baik semua(hahahha puji kaum sendiri).Takla maksudnya nak ajar sikap husnu zon.Memang tak nafi husnozon tu ade peringkatnye.
Ana kat sini taknaklah singkap segale sikap yang kurang tepat tu.Tapi kalau perlu nanti kite sembang lagi untuk betulkan keadaan mengikut pandangan yang sederhana.(la ifrat wa la tafrit).
Ade satu due perkare nak bincang secare akedemik sikap2 ang kurang tepat samada dari ustaz dan ustazah.Memandangkan malsa nak tulis panjang dalam post ni so ana cukupkan takat ni je.
Kawan2 dari utara yang bace tulisan santai ni minta maaf sebab guna loghat kl.Kite rai semua..huhuhu.Nanti kalau sembang Kedah orang ingat ana orang Kedah lak.Ok segala komen diharapkan moge menjadi perbincangan secara damai dan akedemik.Alfaqir ni nak betulkan keadaan je.Kalau ana yang salah tolong betulkan ye kengkawan.
Wallahu ‘alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...