Twitter

Selasa, 16 Februari 2010

Qiraah Syamilah

Alhamdulillah sekadar dua tahun setengah berada di bumi anbia’ ini terasa terlaksana satu dua matlamat dari keseluruhan impian.InsyaAllah segala bakinya akan terlaksana dengan izin Allah.Dua tahun ini tak berapa pasti berapa buah kitab dah aku selesai membacanya.Itulah bencana yang dialami.Nak dinisbahkan dengan semua kitab yang berada di rak tu, rasanya masih banyak yang belum dibuka.Allahul musta’an.

Walaupun pembacaan itu penting, tetapi ia bukanlah sekadar penting membaca semata-mata.Pembacaan yang perlu dan dituntut adalah pembacaan yang syamilah.Ini amat perlu sebenarnya kerana sekadar penilaian al-faqir selama dua tahun ini bersama sebilangan pelajar Azhar memang terdapat banyak kekurangan.Sebagai contoh, seorang yang menumpukan pembacaan fiqh, dia tertinggal kepada pembacaan tauhid dan seorang yang menumpukan kajian kepada bahasa semata-mata dia teringgal pula kepada pembacaan kepada isu-isu semasa.

Al-faqir tidaklah bermaksud perlu kepada penumpuan dan penilitian(tamhis) yang mendalam terhadap semua bidang ilmu itu.Tetapi hanya sekadar perlu kepada pengetahuan berbentuk sathiyyah.Jangan sampai tidak tahu langsung akan setiap bidang ilmu itu.Ya, sukar untuk membaca semua bidang ilmu.Tetapi itulah hakikatnya yang perlu sebagai seorang da’ie.Itupun baru da’ie belum boleh diiktiraf dan digelar sebagai seorang ulamak.

Pembacaan syamilah ini penting kerana terkadang berlaku di sana kritikan atau tohmahan yang tidak sewajarnya samada pada seseorang individu, kalamnya atau pemikirannya kerana pengkritik tidak meniliti dengan baik sandaran yang diletakkan.Ini bahaya sehingga berlaku fitnah dan kecelaruan dalam manhaj ilmiah.

Di antara kepentingan pembacaan syamilah ini dituntut kerana perlu di sana keseimbangan(tawazun) di antara setiap ilmu yang dipelajari.Setiap ilmu secara fitrahnya ada keterikatan antara satu sama lain kerana ia datang dari satu tapak(manba’) yang sama iaitu al-Quran dan Sunnah.Oleh itu pembacaan Syamilah akan membawa pembaca kepada mengaitkan ilmu di antara setiap satu.

Beberapa elemen penggabungan yang boleh disebutkan di sini secara ringkas seperti:
1.Lughah(nahu,sorof dan balaghah khususnya) kepada mantiq kerana asas dan alat untuk berpindah kepada ilmu-ilmu lain.
2.Tauhid atau Aqidah.(perlu kepada melihat aqidah-aqidah Islam yang lain sebagai maklumat)
3.Fiqh dan usulul fiqh.(pengabungan perlu kepada fiqh turath dan fiqh atau qadhiyyah mu’asoroh)
4.Masalah-masalah semasa seperti aliran-aliran yang merosakkan samada secular, liberal, perancangan orentalis,sister in Islam(kalau di Malaysia) dan pelbagai lagi aliran yang kian membiak pada zaman globalisasi ini.

Cukup di sini sebagai gambaran kasar mengenai pembacaan yang berhajat kepada kesempurnaan.Namun di sana terdapat banyak lagi ruang ilmu yang perlu disebutkan tetapi individu Azhariy itu sendiri perlu mengambil berat tentang pembacaan ini nescaya di sana insyaAllah akan terbuka lagi pemikiran terhadap fiqh tawazun dan fikrah mutakamilah.


Muhsin Ahmad,3 Rabi’ul Awwal 1431.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...