Twitter

Khamis, 25 Februari 2010

Siri kesatuan umat

Mungkin apa yang bakal dibincangkan ini adalah satu pendapat yang kurang benar.Tetapi hati kecil ini mengharapkan ada di sana insan yang bersama dalam dengan kalam ini.Alfaqir tidak lebih ingin menukilkan pendapat sebilangan masyaikh dan pemikir Islam yang hebat ketika mana kami sempat bertemu dan berbincang isu umat.Kadang-kadang diri sendiri tertanya kembali pada diri, “eh layakkah aku yang kerdil ini memikirkan isu2 yang besar seperti ini”.Tetapi itulah hakikatnya kita sebagai muslim yang beriman dan cintakan Islam bukan sekadar juzuk tertentu dari agama ini tetapi cinta kepada seluruh yang menyatakan Allah itu satu, Saiyiduna Muhammad itu utusan Allah dan Kaabah Musyarrafah itu kiblatnya.

Hati kecil ini sering bertanya bilalah agaknya sengketa ini akan berakhir?Sengketa?Ya sengkata pertembungan pemikiran yang tiada penghujung dan tidak akan berpenghujung.Apa yang dimaksudkan di sini adalah fenomena kritikan, saling menjatuhkan dan merendahkan sesama sendiri samada persatuan(kalau di Mesir) atau apa saja aliran (secara amnya di dunia ini).Tidakkah kita semua melihat seruan kepada kesatuan umat tidak kira apa saja fikrahnya atau bangsanya kerana mustahil berlaku di sana satu kesatuan yang kita idamkan.Allah menyebut dalam kitab agungnya yang bermaksud “jika Tuhanmu berkehendak nescaya dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih”.

Tidaklah perbezaan yang dimaksudkan dan perlu direstui itu perbezaan yang berbentuk usul atau asas seperti perbezaan tuhan atau nabi. Apa yang menyedihkan sekiranya kita terus bersengketa dan saling menghujum sasama mukmin yang saban waktu memohon petunjuk dari Tuhan yang satu (dalam setiap kali solatnya “tunjukkan kami jalan yang benar”) akan membawa kepada kehancuran umat yang sekian lama diidamkan oleh musuh yang jelas lagi nyata seperti Yahudi dan sekutunya laknatullah ‘alaihim.

Sepatutnya isu kesatuan umat sentiasa berlegar di fikiran pemimpin badan-badan atau persatuan tertentu.Mereka sepatutnya perlu sering duduk semeja sesama mereka dan mencari titik kesamaan dalam membawa aliran masing-masing.Tidak kiralah apa sahaja kaedah dan cara yang penting tidak bercanggah dengan syariat Islam dan hala tujunya kepada mardhatillah kerana sudah tentu setiap firqah itu ada pandangan, pendirian dan kaedah masing-masing dalam membawa ahlinya.Inilah yang diharapakan kepada mereka supaya kita bakal dapat melihat suatu hari nanti kita semua bakal bersatu dalam membina umat ini bukan lagi menjatuhkan dan menghina dari belakang.

Saya yakin dan percaya pandangan seperti ini tidak mudah dipersetujui, tetapi alfaqir meminta dengan hati nurani kepada semua agar kita sama-sama membuka minda, berlapang dada dan menghitung kembali keikhlasan kita dalam membawa agama ini.Apakah kita ini membela bangsa atau ahli kita semata-mata atau umat Islam seluruhnya.Saya yakin dan percaya andai keiklhsan kita benar-benar jernih kerana Allah pasti kita akan bersama walau berbeza cara.


Muhsin Ahmad, Jumaat 12 Rabi’ul Awwal 1431(ditulis sempena hari keputeraan baginda Sallallhu ‘alaihi wasallam)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...