Twitter

Khamis, 18 Februari 2010

Esok….

Pagi esok, guru saya ustaz Fauwaz hafizahullah akan pulang ke Malaysia bersama isterinya.Namun kepulangan kali ini berbeza dengan yang sebelum ini.Kepulangan beliau kali ini adalah dengan sebuah hasrat dan matlamat untuk meneruskan perjuangan di tanah air tercinta(balik habis), Malaysiaku.

Kepulangan beliau juga sedikit sebanyak memberi kesan pada diri ini juga bakal mengubah jadual kehidupan mingguan saya kerana setiap minggu saya pasti akan ke rumahnya untuk membaca kitab dan menadah ilmu darinya.Lantaran kepulangan beliau ini juga bakal memberkaskan pada hati ini segala kenangan, pahit manis,senda gurau bersama beliau.

Tidaklah begitu lama bersamanya, ala kullin.Alhamdulillah sekadar waktu yang ditakdirkan dapat juga mengutip mutiara-mutiara bernilai darinya terutama dalam manhaj ilmiah dan pembentukan fikrah.Sayangnya walaupun terasa selalu bersama beliau, belum ada satu kitab dapat dikhatamkan bersama beliau.Tapi tak mengapa kerana khatam kitab bukan syarat utama untuk memperoleh ilmu kata guru saya di Jami’ Al-Azhar Shiekh Sayyid Shaltut hafizahullah.Yang lebih penting adalah kefahaman.
Warkah ini juga sekali gus ingin memohon maaf segala ketelanjuran, gurau senda, silap dan salah samada dalam sengaja atau tidak pada ustaz.Terima kasih atas segala curahan ilmu dan jasa baik kerana sudi melapangkan masa.Segala kebaikan itu mungkin tidakkan terbalas oleh jasad ini melainkan mengharapkan balasan dari tuhan setimpal dengan usaha-usaha itu.

Al-faqir mendoakan ustaz terus teguh dan tabah dalam meneruskan perjuangan di medan yang sebenar di tanah air tercinta.Waffaqakumullah.Al-faqir juga memohon doa dari ustaz agar mendoakan kami semua terus tuguh dengan perjuangan di sini.Syukran ya sayyidi.


Muhsin Ahmad, 19 Feb 2010

1 ulasan:

  1. alah sedihnya tulisan anta, ana pun teringat kenangan bersama anta n kawan2, ana doakan anta akan jadi ulama yg hebat suatu hari nnti, teruskan belajar

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...