"Dan demikian pula kami telah menjadikan umat Islam umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia" -al-Baqarah:143-
Selasa, 9 Mac 2010
Saat Manis Bersama Masyaikh
Alhamdulillah rasa beruntung sangat ketika ini dapat bersama dengan masyaikh yang hadir di pengajian Shiekh Nur.Tak sangka kehadiran mereka pada detik akhir pengajian menjadikan keadaan begitu meriah bersempena pula bulan yang amat mulia ini, bulan kelahiran Saiyiduna Mustofa Sallahu'alaihiwasallam.Begitu tawadhuk mereka kerana sudi hadir di pengajian Shiekh Nur walaupun Shiekh bukanlah di kalangan ulamak al-Azhar dan bukan juga dari bangsa Arab.Tetapi dengan keilmuan yang ada pada mereka itu yang membuatkan para ulamak ini saling menghormati sesama mereka.
Terharu juga hati ini melihat sikap antara Shiekh Jamal dan Shiekh Usamah yang saling menolak-nolak "mic" ketika ingin memulakan ucapan kerana saling memuliakan sesama mereka.Walaupun Sheikh Usamah lebih muda dari Shiekh Jamal begitu tinggi penghormatan Shiekh Jamal kepada beliau.Inilah sikap ulama yang patut dicontohi.
Majlis ni dah lame dah, cume ana baru post.Ni pada malam terakhir sebelum kepulangan Shiekh Nur ke tanah air.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan