Twitter

Jumaat, 16 Julai 2010

Pulang Bercuti

InsyaAllah malam ni saya dan sahabat serumah akan berangkat pulang ke tanah air.Penerbangan yang dijadualkan pada jam 1.30 pagi esok.Memandangkan terdapat sedikit masalah pada tiket, kami diminta untuk berada di airport lebih awal.Saya mohon doa semua moga segala urusan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke tanah air.

Kepulangan kali ini juga ada kelainan berbanding sebelum-sebelum ini.Kehilangan ayahanda tercinta sebagai insan yang sentiasa menjadi kerinduan tatkala pulang.Tapi kali ini pusaranya sahaja yang bakal aku ziarahi sebagai pengubat rindu diiringi doa-doa yang tulus.

Apa yang penting hidup mesti diteruskan.InsyaAllah kami dijadualkan mendarat sabtu, jam 4petang.Aku cuba sedaya untuk mengisi waktu di Malaysia ini dengan sebaik mungkin.Ada satu dua agenda yang mesti dilunaskan.Sekali lagi saya mohon doa dari semua moga segalanya dipermudahkan.

1 ulasan:

  1. moga dimudahkan segala urusan dan tabah dgn ujian Tuhan insya-Allah.teruskan smgt dlm lapangan ini.mg byk lagi istifadah y dpt disebarkan dan dikongsi. rajin2 update blog=)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...