Twitter

Ahad, 14 November 2010

APAKAH SAYA YANG SALAH DAN TIDAK FAHAM ATAU MEREKA YANG TERSILAP?


Ketika beberapa isu masih hangat diperbincangkan dalam kalangan mahasiswa, kali ini saya pula menerima kunjungan satu lagi isu baru.Namun yang lebih menarik kali ini ianya secara terus membabitkan diri saya yang faqir ini.

Tulisan saya pada saat ini bukanlah untuk mengkritik atau menghujum mana-mana pihak namun apa yang saya harapkan dari pembaca budiman yang membaca tulisan ringkas ini dapat menilai dengan hati nurani yang tulus seiring meletakkan penilaian dengan kaca mata syara’ yang tepat dan telus.Bermakna tidak ada di sana bisikan emosi yang mempengaruhi.

Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz ‘A’ yang sudi menegur saya ketika saya memandu atau menjadi musyrif kepada dua orang akhawat.Walaupun pada saya etika teguran ustaz itu tidak begitu menepati bagaimana metode ajaran Islam namun saya dengan rendah hati tetap berterima kasih atas teguran beliau kerana itu tugas beliau.

Apa isunya?Isu yang barangkali sangat berat di mata beliau ketika mana saya dan seorang sahabat menemani dua orang akhawat (menjadi mushrif).Saya sendiri pernah mendengar bahawa ada peruntukan peraturan pada salah satu persatuan di bumi Mesir ini menyatakan ‘salah’ apabila bilangan mushrif dan akhawat yang di bawa itu sama.Bermaksud jika akhawat itu berdua tidak dibolehkan musyrifnya dua, jika tiga orang akhawat mushrifnya juga tiga tidak dibolehkan dan begitulah seterusnya. 

Saya bukanlah seorang faqih juga bahkan bukan seorang ulamak.Ingin digelarkan ustaz pun masih berbelah bagi jiwa ini.Namun, sekadar secebis ilmu yang saya miliki rasanya masih mampu untuk membezakan yang mana halal dan yang mana haram.

Untuk pengetahuan pembaca, saya adalah salah seorang  pengkaji aliran Imam Al-Qaradhawi.Mengapa saya kaitkan nama Imam besar ini?Kerana manhaj yang dibawa oleh beliau dengan jelas menyatakan hak menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara adalah Allah dan RasulNya berdasarkan beberapa dalil yang jelas.Tidak perlu saya nyatakan dalil-dalil tersebut di sini kerana tulisan ini bukan fokusnya pada bab ini.

Oleh itu sebelum saya melakukan apa sahaja tindakan sudah tentu bersandarkan kaedah itu.Bukan mudah-mudah untuk mengharamkam sesuatu tindakan dan begitu juga sebaliknya.Maka saya menjadi hairan dan masih terfikir-fikir sehingga saat ini di mana kewajaran dan istinbat peraturan yang ditetapkan itu.Di mana dalinya yang jelas mengatakan keadaan itu tidak dibolehkan?

Barangkali saya boleh menerima dan mengamalkan teguran ustaz itu jika ia benar-benar nyata boleh membawa kepada kemungkaran seperti keadaan saya tadi berlaku dalam suasana sunyi sepi dan tiada manusia di sekeliling.Tetapi keadaan seperti saya itu tidak memungkinkan ianya berlaku.Apa saya tidak mengerti apa itu maruah?Bererti jika saya ingin lakukan kemungkaran sekalipun sudah tentu pada keadaan yang sunyi tanpa seorang pun yang melihat.

Baik, jika hujahnya kerana ber’couple’.Apakah jika seorang musyrif dan dua orang akhawat tidak memungkinkan ianya terjadi?Ber’couple’ itu bukan sahaja boleh berlaku pada pertemuan bahkan hari ini jaringan internet yang tiada batasan sangat membolehkan ianya berlaku.Jika itu yang dihujahkan saya fikir kita akan menutup ruang pertemuan antara lelaki dan wanita di mana sahaja sedangkan Islam sendiri tidak pernah menghalang.Persoalan ini sangat luas ini ingin dibicarakan.Ianya sangat rumit dalam menilai kesalahan insan.Saya sangat tidak jelas tentang kewajaran peraturan ini.

Sepatutnya dalam soal menetapkan peraturan memadai untuk menilai secara zahir tindakan seseorang.Tidak perlu untuk mengkaji selidik sedalam-dalamnya sehingga menutup pintu keharusan dalam syarak.Semaikan nilai berbaik sangka sesama umat.Apa yang berlaku luar pengetahuan insan adalah hak Tuhan untuk menghukum.Jangan pula kita mengambil kerja Tuhan.Benar kita diwajibkan mencegah kemungkaran tetapi sudah tentu ada keterbatasan.Sebab itu Nabi s.a.w. menghalang dari Tajassus.Maka jangan segan silu untuk mengkaji semula segala peraturan yang telah ditetapkan.Lihat sahaja sedangkan hukum fiqh sentiasa berubah mengikut zaman dan kawasan inikan pandangan kita yang kerdil ini takkan pula ia berkekalan sehingga akhirat kelak.

Isu ini bukan hanya melibatkan diri saya namun masih ramai di luar sana berada di situasi yang sama.Kerana itu saya mohon setiap tindakan dan peraturan yang ditetapkan se’wajibnya’ meminta pandangan dari sebilangan masyaikh di bumi Mesir ini.Walaupun memegang jurusan syariah sekalipun jangan pula pandai-pandai mengeluarkan peraturan yang membolehkan insan  sekeliling mentertawakan kita dek kejumudan yang tidak disedari.

Ketika saya bermu’ayashah  bersama guru saya Alfadhil ustaz Fauwaz, beliau menyatakan dengan rendah hati merasakan dirinya masih belum layak untuk berfatwa atau menjadi mufti sedangkan beliau adalah salah seorang lepasan Darul Ifta’ Mesir.Saya juga telah bertanyakan pandangan beliau mengenai situasi itu dan beliau menyatakan tidak mengapa kerana kawasan yang terbuka.

Saya ingin menarik perhatian pembaca dari seluruh bumi Mesir ini khususnya mereka yang  mendalami ilmu syariah.Apakah ijtihad yang anda lakukan itu masih relevan dan bersesuaian sehingga ke saat ini?Apakah anda punya ciri-ciri mujtahid yang lengkap?Rujukan pada ulamak kita di sini rasanya tidak pernah digunakan sebaiknya bahkan ada pula dalam kalangan kita yang berani mengkritik pandangan-pandangan mereka atas alas an fatwa mereka tidak sama dengan realiti kita.Sebenarnya siapa yang tidak faham?

Akhirnya, saya mohon maaf atas tulisan hamba kerdil ini jika ia mengundang rasa tidak senang hati para pembaca.Namun ini hanyalah pandangan peribadi yang saya rasakan perlu dinyatakan.Jika segala isi artikel ini tidak tepat saya mohon diperbetulkan dan ditegur.Jika ia sebaliknya tepuklah  dada tanyalah iman.Apakah saya yang salah dan tidak faham atau anda yang tersilap?!

Wallahu a’lam.

1 ulasan:

  1. salam..nk ulas skit psl artikel ni...mf dlu kt abg muhsin ats pe yg ana nk ulas ni mengguris hati..x berniat pun,cme sekadar mahu berkongsi pendapat je

    soal menetapkan peraturan,manusia ini memang x lari dari kesilapan...

    namun,bg ana,peraturan yang ditetapkan tu sudah bersesuaian dan berdasarkan ape yang di ajarkan islam itu sendiri..

    maksudnya,untuk mengelakkan fitnah..islam memang menilai secara zahir,..mungkin disisi abang perkara ni orang x akan pandang serong d sebabkan kredibiliti abg yang orang d percayai "siqoh"

    namun cuba lihat kalau perkara ini tidak di tetapkan dalam peraturan,mungkin ramai lagi yang akan ambil kesempatan atas perkara ini.jadi x salah tetapkan peraturan utk "saddu zarai'"

    Soal seseorang itu boleh digelar mujtahid ataupun tidak,seorang ulama memang akan menundukkan dirinya untuk mengaku seorang yang mujtahid,bahkan zaman skang ni pun tidak ada mujtahid mutlak yang mampu berfatwa dalam semua perkara,namun yang kita mampu lihat hanyalah mujtahid takhasus..namun,x salah kita menuju kearah utk mejadi mujtahid..nak tunggu ad mujtahid yang menepati syarat,sampai bile nak kuar fatwa hukum cmtu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...