Twitter

Ahad, 7 November 2010

Bazar Yang Menyerikan

Suasana sebelum bazar bermula
Alhamdulillah, selesai sudah bazar negeri yang berlangsung selama tiga hari bermula jumaat lepas.Saya tidak melepaskan peluang bersama rakan-rakan yang lain dalam menjayakan bazar kali ini.



Walaupun rasanya dan pasti tidak sesempurna tugas yang digalas dapat dilunaskan namun sekadar yang termampu itu yang dapat terlaksana.Selaku ajk perhubungan, Alhamdulillah itulah sekadar tenaga yang dapat disumbangkan.

Bazar kali ini cukup meriah.Melihat suasana jual beli yang sangat meriah.Mungkin pada hari pertama agak kurang rancaknya namun pada hari kedua dan ketiga, sehingga lenguh dan sengal-sengal sendi dibuatnya dek melayan kerumunan pelanggan yang hadir.

Serbuan para pelanggan di kaunter pesanan
Mereka yang berniaga, walaupun terlakar pada raut wajah tanda kepenatan namun disebalik itu sudah pasti keceriaan turut mengiringi.Masakan tidak, keuntungan yang dikaut rasanya bukan sedikit.Bermaksud berbaloilah dengan tenaga yang mereka perah.Apa pun itu hadiah buat mereka yang bersungguh dalam usaha mereka.

Namun bagi saya apa yang penting dalam suasana bazar ini adalah nilai ukhwah yang tersirat.Hadirnya para pelanggan dari pelbagai negeri, para pegawai anak negeri dan rakan yang bukan anak Malaysia yang juga turut melapangkan masa untuk menjenguk ke bazar negeri.Suasana ini amat bernilai.

Rehat dengan Aisyah puteri abang Mus
Para peniaga yang menyertai bazar juga adalah dari pelbagai negeri.Hal ini menjadi satu wasilah sebagai pengukuh ukhuwwah antara anak-anak Malayisa khususnya.

Mudah-mudahan bazar kali ini diterima sabagai satu ibadah di sisi Allah s.w.t.Kita sama-sama pohon keampunan dariNya atas segala kekhilafan yang sudah tentu berlaku dan segalanya agar dihalalkan sesama rakan.Moga tiada dendam sengketa yang terlahir dalam ibadah bazar ini.

Kita juga mohon moga segala kekurangan ini dapat dijadikan panduan bagi memperelok program yang akan datang terutamalah mengehai niat.Kerana niat yang jelas membawa kepada matlamat yang benar.Tanpa niat yang benar maka segalanya ibarat debu yang berterbangan.

Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...