Twitter

Sabtu, 13 Mac 2010

Belajar untuk berfatwa!!!!???


InsyaAllah perbincangan kali ini kita bawakan satu fenomena yang sekian lama melanda umat Islam baik dari ahli agamawan mahupun yang bukan darinya.Secara hakikatnya saya bukanlah insan yang benar-benar layak untuk mengupas topik ini. Cuma tidak lebih tulisan ini sebagai peringatan buat diri sendiri dan sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian.
Baik, isu fatwa adalah satu anasir penting dalam agama.Sepertimana ta’bir atau perletakan ulama’ terhadap jawatan mufti itu sendiri adalah sebagai pemegang jawatan anbia’ kerana menerangkan sesuatu antara halal dan haram.Besar sungguh tugas mufti ini.Alhamdulillah hampir dua tahun bersama dengan alfadhil Ustaz Fauwaz (mu’ayashah dan munaqashah), beliau  banyak memberikan kepada saya kefahaman tentang manhaj atau metod berfatwa kerana beliau  salah seorang lepasan Darul Ifta’ Misriyyah.Jadi dengan segala apa yang ditimba beliau ketika proses pengajian bersama masyaikh-masyaikh dikongsikan segalanya bersama kami.
Fatwa adalah satu penyelesaian kepada sesuatu masalah fiqh dengan erti kata lain ialah tugas mufti menyelesaikan masalah penanya.Permasalahan yang berlaku dalam dunia fatwa ini adalah sesetengah individu yang tidak mencukupi “muwasofat” atau kriteria seorang mufti sering dan suka mengeluarkan fatwa sehingga berlaku kecelaruan dalam suasana fatwa.Antara lain sikap pelajar agama khususnya amat gemar menukillkan kalam atau pendapat masyaikh dalam pengajian(jika di sini), sedangkan sesetengah pengajian adalah khusus kepada sesuatu mazhab dan bab fiqh tertentu sahaja.
Kami telah bertanya mengenai perbezaan antara pengajian dan fatwa kepada Syaikhuna Shiekh Saiyid Shaltut Hafizahullah, beliau adalah salah seorang tenaga pengajar di Masjid al-Azhar juga salah seorang amin fatwa di Darul Ifta’ Masriyyah .Kata beliau, “pengajian fiqh mazhab adalah satu madrasah manakala fatwa adalah suatu bidang yang lain dan berhajat kepada latihan dan pengajian yang khusus”.Persoalan ini kami timbulkan kepada syiekh apabila mendapati ramai pelajar yang bertanya soalan kepada syiekh lantas menukilkan pada mereka yang tidak hadir pada pengajian tersebut.Bukannya salah tindakan tersebut cuma yang kurang tepat adalah kalam syiekh ketika dalam pengajian fiqh mazhab(kami membaca minhaj attolibin lil Imam an-Nawawi bersama syiekh) berbentuk penjelasan menurut aimmah(Imam-imam) mazhab adapun sekiranya fatwa mungkin ia perlu berhajat kepada penelitian kalam seluruh ulama’ Islam yang mu’tabar.Ini dinaqalkan sendiri oleh Shiekh Saiyid dalam perbincangan kami.Katanya lagi fatwa berhajat kepada taisir dan menyampaikan sesuatu itu kepada maqasid syari’ah bahkan terdapat banyak lagi keperluan(adawat) yang diperlukan bagi seseorang mufti bagi melayakkan dirinya berfatwa.
Mana mungkin seseorang yang tidak mendalami fiqh mazhab terutamanya, layak untuk berfatwa apatah lagi tidak mendalami khilaf para ulamak kerana khilaf para ulamak inilah sebagai pintu atau jalan keluar kepada sesuatu masalah fiqh seperti kalam ulamak, “sesiapa yang tidak mengetahui khilaf ulamak tidak merasai haruman fekah”.Begitu juga kefahaman terhadap usul fiqh dan kaedah fekah(qawa’id fiqh) yang baik.Mengikut pendapat para ulamak tidak layak mereka yang tidak mengusai usul fiqh dengan baik untuk berfatwa.Antara elemen lain seperti fiqh waqi’(reality semasa, kawasan dan masa) amat penting untuk difahami oleh seseorang mufti bagi mengeluarkan sesuatu fatwa.
Mungkin perbahasan ini agak panjang dan mengelirukan kepada pembaca.Sekali lagi saya nyatakan, saya bukanlah seorang yang layak untuk mengupas isu ini, cuma mungkin setelah pembaca selesai menelaah teks ini, boleh dirujuk lagi pandangan dan kalam para ulama yang membincangkan isu fatwa dan mufti secara khusus.Cari saja karangan mengenai ifta’(fatwa) pasti pembaca akan dapati maklumat yang lengkap tentag pra syarat seorang mufti.
Dalam teks ucapan Imam Qaradhawi (klik di sini), kita akan dapati imam membahaskan isu fatwa.Kata beliau, bukan semua ahli ilmu atau ulama layak memberi fatwa.Kita mesti mampu untuk membezakan seseorang ulama itu dalam bidangnya yang tertentu kerana fatwa tidak mungkin dapat dikeluarkan tanpa melalui qawa’id, usul dan manhaj yang tepat.Bukan sekadar memindah hukum dari kitab semata-mata(sila rujuk kalam Imam).
Minta Fatwa Pada Yang Berkeahlian
Seperti yang dibahaskan oleh para ulamak, fatwa bukanlah semata-mata memindahkan hokum dari kitab pada reality tetapi ia lebih dari itu.Oleh itu sewajarnya bagi mereka yang berhajat kepada penyelesaian dalam sesuatu masalah fiqh terutamanya, hendaklah bertanya pada mufti yang benar-benar yang berkelayakan.Dalam konteks pelajar Azhar sendiri , mereka harus meminta pendapat atau fatwa dari para ustaz atau ustazah yang thiqah ilmunya bermaksud mereka yang melengkapi pra syarat seorang mufti.Pada pandangan saya apalah salahnya jika diutarakan terus sesuatu masalah itu di darul ifta sendiri atau ulamak Azhar dari menerima dan mendengar kalam atau perkataan teman-teman yang sudah tentu sepengajian dengan kita.Bukan untuk memandang rendah sesama individu tetapi mencari jalan yang paling selamat.
Dalam masa yang sama seseorang itu mestilah mampu membezakan antara individu yang ditanya dengan maksud bukan semua ulamak atau ustaz itu layak berfatwa.Mesti mampu membezakan antara ulamak mufassir, muhadith atau yang lain kerana ulamak yang benar-benar layak adalah seorang yang faqih dan di iktiraf ilmunya kerana belum tentu semua ulamak mempunyai syarat-syarat seorang mufti.(saya nukilkan kalam ini dari muhadharah dan tulisan Shaikhuna Imam Al-Qaradhawi).
Pesan saya pada diri ini dan sidang pembaca, kita mestilah berhati-hati dalam menukilkan pendapat para ulamak (pendapat dalam bentuk fatwa) kepada orang lain kerana kata Imam Qarafiy Rahimahullah, “jumud atau sempit dalam menukilkan sesuatu hukum telah melakukan satu kesesatan dalam agama(dhallatun fiddin),jahil terhadap maqasid para ulamak dan salafuna soleh”.
Demikian perbahasan secara ringkas mengenai isu atau fenomena fatwa yang kian hari melanda pemikiran umat Islam.Seandainya tulisan ini banyak kekurangan saya mohon dibetulkan dan ditegur kerana ini tidak lebih sekadar apa yang saya timba selama berada di bumi anbia’ sejak dua tahun.

Wallahu a'la wa a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...